#KEPIMPINAN
LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) APM BAGI MENINJAU PELAKSANAAN PROJEK ONE-LINE ITEM (OLI) DI PDPA TAWAU, SABAH
Sabtu, 08 November 2025 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Tawau, Sabah.
Tujuan YAS Dato' Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM melanjutkan lawatan kerja rasmi bagi meninjau kemajuan pelaksanaan Projek One-Line Item (OLI) yang melibatkan kerja-kerja menaik-taraf dan pembaikan bangunan pejabat, pagar, dewan makan dan garaj pejabat tersebut.
Pelaksanaan lawatan rasmi ini memberi tumpuan kepada penilaian tahap kesiapsiagaan operasi, keperluan fasiliti, kekuatan sumber anggota serta keberkesanan penyelarasan pengurusan bencana di kawasan Tawau. Fokus penilaian ini adalah penting dalam memastikan setiap aset, struktur sokongan dan kemudahan bantuan kecemasan berada dalam keadaan optimum serta mampu digerakkan dengan pantas ketika berlakunya bencana.
Lawatan ini turut membawa kepentingan strategik dalam pembangunan PDPA Tawau. Antara aspek yang diberi perhatian termasuk keperluan penambahbaikan fasiliti perlindungan awal, penyusunan semula aliran pengurusan mangsa, penilaian akses logistik terutama dalam situasi gangguan perhubungan serta perancangan jangka panjang untuk memperkukuh sistem sokongan komuniti rentas perairan.
Penekanan ini bertujuan memastikan PDPA Tawau kekal relevan, tersusun dan verse dia berfungsi sebagai pusat perlindungan berkesan yang dapat menjamin keselamatan dan kebajikan penduduk setempat terutama ketika bencana banjir, ribut atau situasi pemindahan kecemasan.
Turut hadir, YS PPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah bersama Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Daerah Tawau.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Tawau
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0vmyVBjpcrBsm36nSEvn9GeEu4CqdArw3vEkvUUxRx5WbUwHoBkYjsB5C6YgrEqCzl