#ASPIRASI

PERSEDIAAN BENCANA 'TAHAP TERTINGGI' APM

Kajang: Seramai 15,392 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedia digerakkan ke seluruh negara bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana Monsun Timur Laut (MTL) hingga 26 Mac 2026.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, kesiapsiagaan itu juga merangkumi 789 aset operasi darat, 1,121 aset operasi air dan 23 operasi udara (dron), 6,977 jaket keselamatan, 88,701 khemah dan 201 genset.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia dan yakin dapat membantu melancarkan proses bantuan berikutan mempunyai anggota termasuk sukarelawan yang terlatih.

"Kami sudah mengadakan latihan di peringkat negeri masing-masing dan zon. Kita ada zon tengah, utara, timur termasuk juga di Sabah dan Sarawak (Zon Borneo).

"Persiapan dan latihan diadakan supaya membolehkan setiap pegawai dan anggota meningkatkan kemahiran dan mengendalikan aset sama ada darat atau air. Dalam masa sama kita juga menilai kesiapsiagaan aset kita semasa latihan.

"Jika perlu pembaikan, kita akan baiki aset kita (supaya operasi yang dijalankan nanti dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan). Kita mempunyai kekuatan 15,392 anggota dan pegawai di seluruh negara (menghadapi MTL), ini akan menjadi pasukan pertama yang akan kita gerakan sekiranya berlaku apa-apa bencana.

"Daripada segi kekuatan tambahan, kita akan lihat kepada situasi. Kita akan gerakkan lebih ramai lagi anggota APM untuk bertugas," katanya pada Program Jelayah Wira MADANI: Pemberian Bantuan Khas Persekolahan Peringkat APM Tahun 2025 di Ibu Pejabat APM, di sini, tadi.

Beliau berkata, persediaan awal juga dibuat dalam menghadapi sebarang kemungkinan dengan arahan dikeluarkan kepada setiap negeri untuk memastikan persediaan dilakukan sejak Oktober lalu.

"Kita memang sudah bersedia kerana MTL berlaku setiap tahun dan arahan dikeluarkan dari masa ke semasa. Di peringkat negeri, daerah mereka memang sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan menghadapi musim itu," katanya.

Pada program itu, seramai kira-kira 200 penerima menerima bantuan persekolahan.

Sumbangan itu disifatkan sebagai meraikan pegawai serta anggota APM serta menyantuni keluarga petugas barisan hadapan melalui bantuan kelengkapan sekolah.

Ghazali berkata, peruntukan diterima APM untuk program berkenaan sebanyak RM150,000 dan pengagihan akan dibuat di peringkat negeri.

Selain itu, APM juga mendapat sokongan agensi swasta melalui tajaan baucar cermin mata bernilai RM100,000 disumbangkan sebuah premis optikal hasil insiatif APM dengan kerjasama Koperasi APM Berhad.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1285323/persediaan-bencana-tahap-tertinggi-apm

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DB5v2mor2DfKFYSWnuHJPyPj6jw4r96CEbUQPAWyr7PcygtFYvogrsWnaAjqm1oNl
#ASPIRASI PERSEDIAAN BENCANA 'TAHAP TERTINGGI' APM Kajang: Seramai 15,392 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedia digerakkan ke seluruh negara bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana Monsun Timur Laut (MTL) hingga 26 Mac 2026. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, kesiapsiagaan itu juga merangkumi 789 aset operasi darat, 1,121 aset operasi air dan 23 operasi udara (dron), 6,977 jaket keselamatan, 88,701 khemah dan 201 genset. Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia dan yakin dapat membantu melancarkan proses bantuan berikutan mempunyai anggota termasuk sukarelawan yang terlatih. "Kami sudah mengadakan latihan di peringkat negeri masing-masing dan zon. Kita ada zon tengah, utara, timur termasuk juga di Sabah dan Sarawak (Zon Borneo). "Persiapan dan latihan diadakan supaya membolehkan setiap pegawai dan anggota meningkatkan kemahiran dan mengendalikan aset sama ada darat atau air. Dalam masa sama kita juga menilai kesiapsiagaan aset kita semasa latihan. "Jika perlu pembaikan, kita akan baiki aset kita (supaya operasi yang dijalankan nanti dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan). Kita mempunyai kekuatan 15,392 anggota dan pegawai di seluruh negara (menghadapi MTL), ini akan menjadi pasukan pertama yang akan kita gerakan sekiranya berlaku apa-apa bencana. "Daripada segi kekuatan tambahan, kita akan lihat kepada situasi. Kita akan gerakkan lebih ramai lagi anggota APM untuk bertugas," katanya pada Program Jelayah Wira MADANI: Pemberian Bantuan Khas Persekolahan Peringkat APM Tahun 2025 di Ibu Pejabat APM, di sini, tadi. Beliau berkata, persediaan awal juga dibuat dalam menghadapi sebarang kemungkinan dengan arahan dikeluarkan kepada setiap negeri untuk memastikan persediaan dilakukan sejak Oktober lalu. "Kita memang sudah bersedia kerana MTL berlaku setiap tahun dan arahan dikeluarkan dari masa ke semasa. Di peringkat negeri, daerah mereka memang sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan menghadapi musim itu," katanya. Pada program itu, seramai kira-kira 200 penerima menerima bantuan persekolahan. Sumbangan itu disifatkan sebagai meraikan pegawai serta anggota APM serta menyantuni keluarga petugas barisan hadapan melalui bantuan kelengkapan sekolah. Ghazali berkata, peruntukan diterima APM untuk program berkenaan sebanyak RM150,000 dan pengagihan akan dibuat di peringkat negeri. Selain itu, APM juga mendapat sokongan agensi swasta melalui tajaan baucar cermin mata bernilai RM100,000 disumbangkan sebuah premis optikal hasil insiatif APM dengan kerjasama Koperasi APM Berhad. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1285323/persediaan-bencana-tahap-tertinggi-apm Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DB5v2mor2DfKFYSWnuHJPyPj6jw4r96CEbUQPAWyr7PcygtFYvogrsWnaAjqm1oNl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews