#OPERASI

AIR PASANG BESAR LANDA KUALA KEDAH DUA JAM

ALOR SETAR: Beberapa lokasi di sekitar Kuala Kedah termasuk rumah penduduk dinaiki air susulan kejadian air pasang besar sejak tengah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar, berkata antara lokasi terbabit ialah Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra Kuala Kedah, Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah.

Beliau berkata, enam anggota melakukan pemantauan di lokasi terbabit antara jam 12.16 tengah malam hingga jam 2 pagi.

"Air pasang besar di Kuala Kedah berlaku hampir dua jam menyebabkan paras laut mencecah ketinggian 3.06 meter pada jam 12.50 tengah malah malam seperti diramalkan sebelum ini.

"Berikutan itu, berlaku limpahan air di Taman Baru Kuala Kedah, Taman Putra, Pasar Kota Marina dan sekitar pesisir Pantai Kuala Kedah kesan air pasang besar.

"Pada jam 12.20 tengah malam, pemantauan dilakukan anggota APM Kota Setar dan air mulai naik dengan beberapa rumah dimasuki air," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Haliq Rafiq berkata, air surut pada jam 1.30 pagi dan tiada angin atau hujan ketika fenomena itu.

Beliau berkata, anggotanya selesai melakukan pemantauan kira-kira jam 2 pagi selepas air surut sepenuhnya.

Berita selanjutnya disini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/11/1468105/air-pasang-besar-landa-kuala-kedah-dua-jam

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0cwRiSdaUZrBCH51NH7px5woWhSZKYJt6cokFRtbZS8RVcHW3hkeUyDQYG52c3Pgnl
#OPERASI AIR PASANG BESAR LANDA KUALA KEDAH DUA JAM ALOR SETAR: Beberapa lokasi di sekitar Kuala Kedah termasuk rumah penduduk dinaiki air susulan kejadian air pasang besar sejak tengah malam tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar, berkata antara lokasi terbabit ialah Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra Kuala Kedah, Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah. Beliau berkata, enam anggota melakukan pemantauan di lokasi terbabit antara jam 12.16 tengah malam hingga jam 2 pagi. "Air pasang besar di Kuala Kedah berlaku hampir dua jam menyebabkan paras laut mencecah ketinggian 3.06 meter pada jam 12.50 tengah malah malam seperti diramalkan sebelum ini. "Berikutan itu, berlaku limpahan air di Taman Baru Kuala Kedah, Taman Putra, Pasar Kota Marina dan sekitar pesisir Pantai Kuala Kedah kesan air pasang besar. "Pada jam 12.20 tengah malam, pemantauan dilakukan anggota APM Kota Setar dan air mulai naik dengan beberapa rumah dimasuki air," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Abdul Haliq Rafiq berkata, air surut pada jam 1.30 pagi dan tiada angin atau hujan ketika fenomena itu. Beliau berkata, anggotanya selesai melakukan pemantauan kira-kira jam 2 pagi selepas air surut sepenuhnya. Berita selanjutnya disini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/11/1468105/air-pasang-besar-landa-kuala-kedah-dua-jam Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0cwRiSdaUZrBCH51NH7px5woWhSZKYJt6cokFRtbZS8RVcHW3hkeUyDQYG52c3Pgnl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews