#ASPIRASI

APM PERKUKUH JALINAN KERJASAMA MEDIA HADAPI MUSIM BENCANA

PUTRAJAYA, 5 November - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan menganjurkan latihan kesiapsiagaan bencana selama tiga hari bermula 4 November bagi memperkukuh kerjasama antara agensi penyelamat dan pengamal media menjelang musim Monsun Timur Laut.

Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Mohd Rosman Abdullah, berkata latihan yang melibatkan aktiviti pengendalian bot dan 'water confident' itu memberi pendedahan kepada media mengenai peranan dan langkah keselamatan semasa membuat liputan di kawasan bencana.

"Apabila agensi penyelamat dan media saling mengenali serta memahami peranan masing-masing, penyampaian maklumat semasa bencana dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan,” katanya.

Wakil media, Ain Shafiqah Zaki, yang menyertai latihan berkenaan, berkata pengalaman itu membantu meningkatkan keyakinan ketika bertugas di lapangan.

“Latihan ini sangat membantu, terutama jika kami perlu membuat liputan banjir. Sekurang-kurangnya kami tahu asas keselamatan dan tidak panik,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi wakil media, Asyraf Zuhairie, menyifatkan program itu sebagai peluang untuk mempelajari kemahiran 'survival' yang penting, bukan sahaja kepada media, malah kepada masyarakat umum.

Latihan kesiapsiagaan bencana ini dilaksanakan selama tiga hari itu dijangka berakhir esok dan menjadi platform mengukuhkan kerjasama antara APM, media serta masyarakat dalam menghadapi bencana.

Berita selanjutnya disini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/apm-perkukuh-jalinan-kerjasama-media-hadapi-musim-bencana

Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0VDZDZVQjKWRH4928nVt9Y7wZXu6VpgTTmYcYmZMLDAk4Cq5MAHzBEgAGETanEzQel
#ASPIRASI APM PERKUKUH JALINAN KERJASAMA MEDIA HADAPI MUSIM BENCANA PUTRAJAYA, 5 November - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan menganjurkan latihan kesiapsiagaan bencana selama tiga hari bermula 4 November bagi memperkukuh kerjasama antara agensi penyelamat dan pengamal media menjelang musim Monsun Timur Laut. Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Mohd Rosman Abdullah, berkata latihan yang melibatkan aktiviti pengendalian bot dan 'water confident' itu memberi pendedahan kepada media mengenai peranan dan langkah keselamatan semasa membuat liputan di kawasan bencana. "Apabila agensi penyelamat dan media saling mengenali serta memahami peranan masing-masing, penyampaian maklumat semasa bencana dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan,” katanya. Wakil media, Ain Shafiqah Zaki, yang menyertai latihan berkenaan, berkata pengalaman itu membantu meningkatkan keyakinan ketika bertugas di lapangan. “Latihan ini sangat membantu, terutama jika kami perlu membuat liputan banjir. Sekurang-kurangnya kami tahu asas keselamatan dan tidak panik,” katanya. Sementara itu, seorang lagi wakil media, Asyraf Zuhairie, menyifatkan program itu sebagai peluang untuk mempelajari kemahiran 'survival' yang penting, bukan sahaja kepada media, malah kepada masyarakat umum. Latihan kesiapsiagaan bencana ini dilaksanakan selama tiga hari itu dijangka berakhir esok dan menjadi platform mengukuhkan kerjasama antara APM, media serta masyarakat dalam menghadapi bencana. Berita selanjutnya disini: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/apm-perkukuh-jalinan-kerjasama-media-hadapi-musim-bencana Dipetik daripada akhbar: Berita RTM Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0VDZDZVQjKWRH4928nVt9Y7wZXu6VpgTTmYcYmZMLDAk4Cq5MAHzBEgAGETanEzQel
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews