#KEPIMPINAN

MONSOON CHARITY RUN SEMPENA PROGRAM PERHIMPUNAN SUKARELAWAN NASIONAL (PESAN) TAHUN 2025

Sabtu, 01 November 2025 - Sekitar program yang telah disempurnakan oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Perkarangan Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan

Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2025, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama pelbagai agensi NGO dan Pihak Berkepentingan telah menganjurkan program ini dimana program tersebut akan menghimpunkan sukarelawan dari seluruh Malaysia.

Seramai 1,800 sukarelawan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah menyertai Program Perhimpunan Sukarelawan Nasional (PESAN) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tahun 2025 bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana menjelang musim tengkujuh.

Program ini julung kali diadakan secara rasmi dan tersusun serta menjadi platform penyatuan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan individu dalam satu rangka kerja bersepadu.

Untuk makluman, konsep "PESAN" membawa maksud bagi lima elemen utama iaitu š—£erpaduan; š—˜xpose; š—¦umbangan; š—”manah dan; š—”etworking yang menjadi teras utama kepada pengukuhan gerak kerja sukarelawan di seluruh negara.

Dalam pada itu, program ini bukan sekadar sebuah perhimpunan tetapi wadah untuk menyatukan pelbagai entiti termasuk individu dan NGO agar segala bentuk bantuan dapat disalurkan secara lebih tersusun dan efektif.

Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama Pengarah-pengarah Bahagian, APM Negeri dan Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM, Pegawai dan Anggota APM serta para peserta program yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02oWXn3Bm513poWDbztkmUF3fsCPK8z1DX7nvp73QoccoVKEcqrnnk4z3hNcLmMzSil
#KEPIMPINAN MONSOON CHARITY RUN SEMPENA PROGRAM PERHIMPUNAN SUKARELAWAN NASIONAL (PESAN) TAHUN 2025 Sabtu, 01 November 2025 - Sekitar program yang telah disempurnakan oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Perkarangan Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2025, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama pelbagai agensi NGO dan Pihak Berkepentingan telah menganjurkan program ini dimana program tersebut akan menghimpunkan sukarelawan dari seluruh Malaysia. Seramai 1,800 sukarelawan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah menyertai Program Perhimpunan Sukarelawan Nasional (PESAN) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tahun 2025 bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana menjelang musim tengkujuh. Program ini julung kali diadakan secara rasmi dan tersusun serta menjadi platform penyatuan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan individu dalam satu rangka kerja bersepadu. Untuk makluman, konsep "PESAN" membawa maksud bagi lima elemen utama iaitu š—£erpaduan; š—˜xpose; š—¦umbangan; š—”manah dan; š—”etworking yang menjadi teras utama kepada pengukuhan gerak kerja sukarelawan di seluruh negara. Dalam pada itu, program ini bukan sekadar sebuah perhimpunan tetapi wadah untuk menyatukan pelbagai entiti termasuk individu dan NGO agar segala bentuk bantuan dapat disalurkan secara lebih tersusun dan efektif. Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama Pengarah-pengarah Bahagian, APM Negeri dan Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM, Pegawai dan Anggota APM serta para peserta program yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02oWXn3Bm513poWDbztkmUF3fsCPK8z1DX7nvp73QoccoVKEcqrnnk4z3hNcLmMzSil
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews