#ASPIRASI

TAK REHAT, SIAP SEDIA 'SAMBUT' BENCANA MTL

Alor Gajah: Prinsip 'tiada rehat bagi kesiapsiagaan' terus menjadi pegangan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutama menjelang Monsun Timur Laut (MTL) bermula 6 November ini hingga 26 Mac 2026.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Shahrulnizam Mad Shah berkata, latihan berterusan dan kursus pemantapan kemahiran serta kecergasan menjadi amalan tetap pihaknya bagi memastikan kesiapsiagaan sentiasa berada di tahap terbaik.

Katanya, latihan terbaharu ialah Latihan Persediaan Menghadapi MTL dan Kecergasan Peringkat Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah bersama PUPA Masjid Tanah 'Sua Betong Rescue & Fitness' yang berlangsung di PD Forest Sungai Menyala dan Menara Penyelamat Pantai Telok Kemang, Port Dickson, dari 25 hingga 27 Oktober lalu.

"Latihan ini memberi pendedahan kepada anggota sukarelawan, manakala bagi yang berpengalaman pula ia membantu refresh atau menyegarkan semula kemahiran mereka. Cuaca kini tidak menentu, malah air pasang besar dan hujan lebat boleh menyebabkan banjir bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata, seramai 36 peserta termasuk tujuh pegawai tetap menyertai latihan tiga hari dua malam itu yang menumpukan aspek pengendalian bot, menyelamat mangsa di air dan kecergasan fizikal.

"Latihan fizikal turut diselitkan kerana setiap anggota perlu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika operasi menyelamat," katanya yang berpuas hati dengan pencapaian semua peserta.

Menurutnya, PDPA Alor Gajah sudah mengadakan 15 sesi latihan sejak Januari lalu, menunjukkan komitmen berterusan APM dalam memastikan kesiapsiagaan sepanjang tahun.

Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1282513/tak-rehat-siap-sedia-sambut-bencana-mtl

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid03aswSaCjRgZa4CWFGsXmisDsUwxQZehZ4q3cpViW3ptKBW1GXU2RU2rAhmFx6NRAl
#ASPIRASI TAK REHAT, SIAP SEDIA 'SAMBUT' BENCANA MTL Alor Gajah: Prinsip 'tiada rehat bagi kesiapsiagaan' terus menjadi pegangan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutama menjelang Monsun Timur Laut (MTL) bermula 6 November ini hingga 26 Mac 2026. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Shahrulnizam Mad Shah berkata, latihan berterusan dan kursus pemantapan kemahiran serta kecergasan menjadi amalan tetap pihaknya bagi memastikan kesiapsiagaan sentiasa berada di tahap terbaik. Katanya, latihan terbaharu ialah Latihan Persediaan Menghadapi MTL dan Kecergasan Peringkat Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah bersama PUPA Masjid Tanah 'Sua Betong Rescue & Fitness' yang berlangsung di PD Forest Sungai Menyala dan Menara Penyelamat Pantai Telok Kemang, Port Dickson, dari 25 hingga 27 Oktober lalu. "Latihan ini memberi pendedahan kepada anggota sukarelawan, manakala bagi yang berpengalaman pula ia membantu refresh atau menyegarkan semula kemahiran mereka. Cuaca kini tidak menentu, malah air pasang besar dan hujan lebat boleh menyebabkan banjir bila-bila masa," katanya. Beliau berkata, seramai 36 peserta termasuk tujuh pegawai tetap menyertai latihan tiga hari dua malam itu yang menumpukan aspek pengendalian bot, menyelamat mangsa di air dan kecergasan fizikal. "Latihan fizikal turut diselitkan kerana setiap anggota perlu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika operasi menyelamat," katanya yang berpuas hati dengan pencapaian semua peserta. Menurutnya, PDPA Alor Gajah sudah mengadakan 15 sesi latihan sejak Januari lalu, menunjukkan komitmen berterusan APM dalam memastikan kesiapsiagaan sepanjang tahun. Berita selanjutnya disini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1282513/tak-rehat-siap-sedia-sambut-bencana-mtl Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid03aswSaCjRgZa4CWFGsXmisDsUwxQZehZ4q3cpViW3ptKBW1GXU2RU2rAhmFx6NRAl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews