#ASPIRASI

APM SIAP SIAGA ASET HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

KOTA BHARU, 31 Okt (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meletakkan semua aset miliknya dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata sebanyak 1,121 aset air, 789 aset darat dan 23 dron telah dipersiapkan bagi memastikan pegawai serta anggota agensi itu dapat menjalankan tugas secara optimum sepanjang tempoh monsun.

Beliau berkata agensi itu turut memperoleh 30 unit ambulans dan 50 kenderaan pacuan empat roda melalui perolehan baharu bagi memperkukuh keupayaan logistik dalam melaksanakan misi menyelamat mangsa banjir di seluruh negara.

“Sebahagian aset kami sudah lama serta tidak sesuai digunakan untuk operasi banjir dengan aset-aset berkenaan sedang dinaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus APM Bersama Media di sini hari ini.

Beliau berkata pada dua tahun lepas, APM menerima 100 buah ambulans dan 46 kenderaan pacuan empat roda, manakala tahun ini sebanyak 30 ambulans dan 50 kenderaan pacuan empat roda telah diluluskan melalui kaedah pajakan.

“Bagi tahun hadapan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), APM turut diperuntukkan dana untuk menambah lebih banyak ambulans serta beberapa aset darat lain,” katanya.

Berita selanjutnya disini:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apm-siap-siaga-aset-hadapi-monsun-timur-laut-545571

Dipetik daripada akhbar:
Astro AWANI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02JzKrhNnnzD9dT1Ay9HiZHy867k3TbQQ9qQxPpuUgUQKf18chK5MgN16noG82ESkKl
#ASPIRASI APM SIAP SIAGA ASET HADAPI MONSUN TIMUR LAUT KOTA BHARU, 31 Okt (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meletakkan semua aset miliknya dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata sebanyak 1,121 aset air, 789 aset darat dan 23 dron telah dipersiapkan bagi memastikan pegawai serta anggota agensi itu dapat menjalankan tugas secara optimum sepanjang tempoh monsun. Beliau berkata agensi itu turut memperoleh 30 unit ambulans dan 50 kenderaan pacuan empat roda melalui perolehan baharu bagi memperkukuh keupayaan logistik dalam melaksanakan misi menyelamat mangsa banjir di seluruh negara. “Sebahagian aset kami sudah lama serta tidak sesuai digunakan untuk operasi banjir dengan aset-aset berkenaan sedang dinaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus APM Bersama Media di sini hari ini. Beliau berkata pada dua tahun lepas, APM menerima 100 buah ambulans dan 46 kenderaan pacuan empat roda, manakala tahun ini sebanyak 30 ambulans dan 50 kenderaan pacuan empat roda telah diluluskan melalui kaedah pajakan. “Bagi tahun hadapan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), APM turut diperuntukkan dana untuk menambah lebih banyak ambulans serta beberapa aset darat lain,” katanya. Berita selanjutnya disini: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apm-siap-siaga-aset-hadapi-monsun-timur-laut-545571 Dipetik daripada akhbar: Astro AWANI Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02JzKrhNnnzD9dT1Ay9HiZHy867k3TbQQ9qQxPpuUgUQKf18chK5MgN16noG82ESkKl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews