#ASPIRASI

APM SEDIA AGIH ANGGOTA, HADAPI PENAMBAHAN 20 PPS BANJIR KELANTAN

Kota Bharu: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia mengagihkan anggotanya untuk penugasan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang akan ditambah ketika musim banjir di negeri ini.

Penambahan 20 lagi PPS yang diputuskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini menjadikan keseluruhan 459 PPS adalah sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir luar jangka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Dato' Ismail Mohd Zawawi berkata, dari segi pengagihan anggota, mungkin tiada masalah besar kerana mereka juga dibantu oleh anggota sukarela.

"Dari segi keanggotaan, kita banyak bergantung kepada anggota sukarela kerana ada kuota tertentu berdasarkan bajet oleh kerajaan dan mereka dibayar elaun khidmat kontrak (EKK).

"Setiap tahun kita dapat sekitar RM140 juta untuk EKK dan kita tak boleh tambah sesuka hati keanggotaan cuma untuk agihan di PPS nanti, ikut kebijaksanaan pengarah negeri.

"Tak dinafikan akan berlaku tambah beban dalam kalangan anggota tapi rasanya dapat ditangani dengan baik memandangkan setiap tahun mereka sudah melalui perkara itu (banjir)," katanya kepada pemberita selepas majlis Temu Media di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail berkata, APM sudah mengaktifkan pusat kawalan bencana nasional di ibu pejabat dan akan menyusul ke setiap negeri yang berisiko dilanda banjir selepas ini.

Menurutnya, sebagai persiapan banjir juga, anggota APM akan menugaskan anggotanya bagi meninjau paras air sungai setiap empat jam sekali bagi memberi peringatan kepada penduduk.

"Kita juga sudah melatih beberapa komuniti melalui program Kampung Siaga 221 yang diwujudkan sejak tiga tahun la

Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2025/10/1282263/apm-sedia-agih-anggota-hadapi-penambahan-20-pps-banjir-kelantan

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0GbdXSSpHEDfo2t7C2v2Ytpw54QYHQgq6zr2LawQQL7fjSk9767Zqp7oKF7sngj6Xl
#ASPIRASI APM SEDIA AGIH ANGGOTA, HADAPI PENAMBAHAN 20 PPS BANJIR KELANTAN Kota Bharu: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia mengagihkan anggotanya untuk penugasan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang akan ditambah ketika musim banjir di negeri ini. Penambahan 20 lagi PPS yang diputuskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini menjadikan keseluruhan 459 PPS adalah sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir luar jangka. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Dato' Ismail Mohd Zawawi berkata, dari segi pengagihan anggota, mungkin tiada masalah besar kerana mereka juga dibantu oleh anggota sukarela. "Dari segi keanggotaan, kita banyak bergantung kepada anggota sukarela kerana ada kuota tertentu berdasarkan bajet oleh kerajaan dan mereka dibayar elaun khidmat kontrak (EKK). "Setiap tahun kita dapat sekitar RM140 juta untuk EKK dan kita tak boleh tambah sesuka hati keanggotaan cuma untuk agihan di PPS nanti, ikut kebijaksanaan pengarah negeri. "Tak dinafikan akan berlaku tambah beban dalam kalangan anggota tapi rasanya dapat ditangani dengan baik memandangkan setiap tahun mereka sudah melalui perkara itu (banjir)," katanya kepada pemberita selepas majlis Temu Media di sini, hari ini. Dalam perkembangan sama, Ismail berkata, APM sudah mengaktifkan pusat kawalan bencana nasional di ibu pejabat dan akan menyusul ke setiap negeri yang berisiko dilanda banjir selepas ini. Menurutnya, sebagai persiapan banjir juga, anggota APM akan menugaskan anggotanya bagi meninjau paras air sungai setiap empat jam sekali bagi memberi peringatan kepada penduduk. "Kita juga sudah melatih beberapa komuniti melalui program Kampung Siaga 221 yang diwujudkan sejak tiga tahun la Berita selanjutnya disini: https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2025/10/1282263/apm-sedia-agih-anggota-hadapi-penambahan-20-pps-banjir-kelantan Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0GbdXSSpHEDfo2t7C2v2Ytpw54QYHQgq6zr2LawQQL7fjSk9767Zqp7oKF7sngj6Xl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews