#ASPIRASI

APM SUDAH SIAPSIAGA HADAPI MTL

KOTA BHARU: Keseluruhan aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk darat serta air sudah bersedia digunakan dalam penugasan Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Dato' Ismail Mohd Zawawi berkata, sebanyak 1,121 aset air, 789 aset darat dan 23 dron dilihat mencukupi untuk memastikan penugasan pegawai dan anggotanya secara optimum.

Katanya, agensi itu sudah memperoleh 30 ambulan serta 50 pacuan empat roda melalui perolehan baharu yang bakal melancarkan lagi misi menyelamat mangsa banjir di semua negeri.

"Ada juga beberapa aset kita yang sudah uzur dan tidak sesuai digunakan untuk operasi banjir dan semua itu sedang kita naiktaraf.

"Dua tahun lalu, kita menerima 100 ambulan dan 46 pacuan empat roda manakala tahun ini pula 30 ambulan dan 50 pacuan empat roda yang diluluskan menerusi penyewaan.

"Untuk tahun depan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), APM juga diperuntukan sejumlah amaun untuk buat tambahan ambulan serta beberapa aset darat lain," katanya kepada pemberita selepas majlis Temu Media di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Ismail berkata, setakat ini aset air mencukupi dan masih mampu menampung penugasan banjir namun keadaan sebaliknya untuk aset darat yang adakalanya sangat diperlukan bagi misi khidmat kemanusiaan.

"Kita juga sedang menaiktaraf pejabat APM di Kelantan yang mana lapan pejabat sudah diluluskan termasuk sebuah di Tunjong, di sini, berfungsi sebagai pejabat APM negeri.

"Tujuh lagi adalah pejabat APM daerah dan buat masa sekarang tiga sudah selesai manakala selebihnya masih menunggu penyerahan," katanya.

Berita selanjutnya disini:
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/10/1466106/apm-sudah-siapsiaga-hadapi-mtl

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0SN6x3gdGgXQDbBpS6eVwohY2dntqAKR4bAjcAKnTHzYDc91gWmyLk1nRFbDbp2WJl
#ASPIRASI APM SUDAH SIAPSIAGA HADAPI MTL KOTA BHARU: Keseluruhan aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk darat serta air sudah bersedia digunakan dalam penugasan Monsun Timur Laut (MTL). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Dato' Ismail Mohd Zawawi berkata, sebanyak 1,121 aset air, 789 aset darat dan 23 dron dilihat mencukupi untuk memastikan penugasan pegawai dan anggotanya secara optimum. Katanya, agensi itu sudah memperoleh 30 ambulan serta 50 pacuan empat roda melalui perolehan baharu yang bakal melancarkan lagi misi menyelamat mangsa banjir di semua negeri. "Ada juga beberapa aset kita yang sudah uzur dan tidak sesuai digunakan untuk operasi banjir dan semua itu sedang kita naiktaraf. "Dua tahun lalu, kita menerima 100 ambulan dan 46 pacuan empat roda manakala tahun ini pula 30 ambulan dan 50 pacuan empat roda yang diluluskan menerusi penyewaan. "Untuk tahun depan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), APM juga diperuntukan sejumlah amaun untuk buat tambahan ambulan serta beberapa aset darat lain," katanya kepada pemberita selepas majlis Temu Media di sebuah hotel, di sini, hari ini. Ismail berkata, setakat ini aset air mencukupi dan masih mampu menampung penugasan banjir namun keadaan sebaliknya untuk aset darat yang adakalanya sangat diperlukan bagi misi khidmat kemanusiaan. "Kita juga sedang menaiktaraf pejabat APM di Kelantan yang mana lapan pejabat sudah diluluskan termasuk sebuah di Tunjong, di sini, berfungsi sebagai pejabat APM negeri. "Tujuh lagi adalah pejabat APM daerah dan buat masa sekarang tiga sudah selesai manakala selebihnya masih menunggu penyerahan," katanya. Berita selanjutnya disini: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/10/1466106/apm-sudah-siapsiaga-hadapi-mtl Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0SN6x3gdGgXQDbBpS6eVwohY2dntqAKR4bAjcAKnTHzYDc91gWmyLk1nRFbDbp2WJl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews