#KEPIMPINAN

ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2025

Khamis, 31 Julai 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat bercemar duli ke Istiadat Perbarisan Sempena Hari Pahlawan Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, pagi ini.

Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan pada setiap 31 Julai merupakan simbol penghormatan dan penghargaan kepada para perwira negara yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan serta menjamin keamanan tanah air. Pengorbanan mereka telah memungkinkan Malaysia berdiri sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka.

Istiadat dimulakan dengan keberangkatan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama. Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diiringi tembakan kehormatan artileri sebanyak 21 das sebagai tanda penghormatan tertinggi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk “Darah Yang Terpercik di Baju”. Turut dipersembahkan sebuah pentomin bertajuk “Zabri Pejuang Sang Saka Biru”, yang mengisahkan perjuangan seorang anggota keselamatan negara. Persembahan ini disokong dengan paparan video visual yang dibangunkan menggunakan 80 peratus teknologi kecerdasan buatan (AI), hasil produksi Polis Diraja Malaysia (PDRM), berdasarkan kisah benar sebagai ilustrasi sejarah perjuangan negara.

Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM.

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid023UsXMSS4msLRSFz824VnFhpomVttTz3FxRVSMJLE14ii5KzyB1CxXw3tWieN5V7Cl
#KEPIMPINAN ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2025 Khamis, 31 Julai 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat bercemar duli ke Istiadat Perbarisan Sempena Hari Pahlawan Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, pagi ini. Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan pada setiap 31 Julai merupakan simbol penghormatan dan penghargaan kepada para perwira negara yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan serta menjamin keamanan tanah air. Pengorbanan mereka telah memungkinkan Malaysia berdiri sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka. Istiadat dimulakan dengan keberangkatan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama. Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diiringi tembakan kehormatan artileri sebanyak 21 das sebagai tanda penghormatan tertinggi. Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk “Darah Yang Terpercik di Baju”. Turut dipersembahkan sebuah pentomin bertajuk “Zabri Pejuang Sang Saka Biru”, yang mengisahkan perjuangan seorang anggota keselamatan negara. Persembahan ini disokong dengan paparan video visual yang dibangunkan menggunakan 80 peratus teknologi kecerdasan buatan (AI), hasil produksi Polis Diraja Malaysia (PDRM), berdasarkan kisah benar sebagai ilustrasi sejarah perjuangan negara. Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM. Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMadani #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid023UsXMSS4msLRSFz824VnFhpomVttTz3FxRVSMJLE14ii5KzyB1CxXw3tWieN5V7Cl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews