#OPERASI

PATUHI ARAHAN PIHAK BERKUASA JIKA MANDI DI PANTAI KETIKA CUACA BURUK

Alor Setar: Orang ramai yang mengunjungi pantai terutama kawasan tumpuan di Langkawi dan Pantai Merdeka di Kuala Muda supaya mematuhi arahan pihak berkuasa supaya beredar ketika cuaca buruk.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, setakat ini APM mempunyai empat menara kawalan pantai di dua lokasi terbabit.

Beliau berkata, setiap menara kawalan pantai itu mempunyai empat anggota penyelamat pantai APM yang bertugas mengikut tiga syif setiap hari.

"Setakat ini, tiga menara kawalan yang ada di Langkawi adalah di Pantai Cenang, Pantai Tengah dan Pantai Pelangi manakala di Kuala Muda pula hanya satu iaitu di Pantai Merdeka.

"Anggota terbabit akan mengibar bendera merah dan meminta pengunjung beredar jika keadaan cuaca buruk atau ombak kuat yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Bukhori berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang yang akan menyebabkan laut bergelora bermula pada 25 Oktober hingga 29 Oktober ini.

Berikutan itu katanya, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sepanjang tempoh itu.

Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1280549/patuhi-arahan-pihak-berkuasa-jika-mandi-di-pantai-ketika-cuaca-buruk

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02NP1j8P4tyqV18ffGiGBPsvC6BbKgXPkDy4AQSJGnsR48XwUoJAK3FLwCwyN3xZ2Ll
#OPERASI PATUHI ARAHAN PIHAK BERKUASA JIKA MANDI DI PANTAI KETIKA CUACA BURUK Alor Setar: Orang ramai yang mengunjungi pantai terutama kawasan tumpuan di Langkawi dan Pantai Merdeka di Kuala Muda supaya mematuhi arahan pihak berkuasa supaya beredar ketika cuaca buruk. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, setakat ini APM mempunyai empat menara kawalan pantai di dua lokasi terbabit. Beliau berkata, setiap menara kawalan pantai itu mempunyai empat anggota penyelamat pantai APM yang bertugas mengikut tiga syif setiap hari. "Setakat ini, tiga menara kawalan yang ada di Langkawi adalah di Pantai Cenang, Pantai Tengah dan Pantai Pelangi manakala di Kuala Muda pula hanya satu iaitu di Pantai Merdeka. "Anggota terbabit akan mengibar bendera merah dan meminta pengunjung beredar jika keadaan cuaca buruk atau ombak kuat yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dalam pada itu, Mohd Bukhori berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang yang akan menyebabkan laut bergelora bermula pada 25 Oktober hingga 29 Oktober ini. Berikutan itu katanya, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sepanjang tempoh itu. Berita selanjutnya disini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1280549/patuhi-arahan-pihak-berkuasa-jika-mandi-di-pantai-ketika-cuaca-buruk Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02NP1j8P4tyqV18ffGiGBPsvC6BbKgXPkDy4AQSJGnsR48XwUoJAK3FLwCwyN3xZ2Ll
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews