#OPERASI
APM MINTA PENDUDUK KOTA SETAR BERSEDIA BERPINDAH JIKA BANJIR
ALOR SETAR: Penduduk di Kota Setar yang tinggal di kawasan berisiko diminta bersedia untuk berpindah sekiranya limpahan air banjir dari beberapa daerah antaranya Kubang Pasu dan Pokok Sena turut menyebabkan bencana itu berlaku di daerah tersebut.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata pemantauan mendapati air mula mengalir ke Kota Setar dengan ada beberapa kawasan telah dinaiki air, namun keadaan masih terkawal.
"APM dan agensi penguat kuasa yang lain sedang memantau sungai-sungai di Kota Setar dan kita dalam keadaan bersiapsiaga untuk memastikan penduduk di kawasan berisiko sentiasa peka. Mereka juga perlu peka dan paling penting patuh dengan arahan dikeluarkan.
"Kita tidak mahu insiden penduduk tidak mahu berpindah sehingga menyukarkan operasi menyelamat seperti mengharungi banjir pada waktu malam berlaku," katanya selepas memantau di sekitar Sungai Kedah di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Bukhori mengingatkan pengunjung pantai peka dengan arahan dikeluarkan untuk mengelakkan kejadian lemas kerana keadaan cuaca tidak menentu tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air.
"Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora, jadi keadaan berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut," katanya.-- BERNAMA
Berita selanjutnya disini:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apm-minta-penduduk-kota-setar-bersedia-berpindah-jika-banjir-544693
Dipetik daripada akhbar:
Astro AWANI
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02XDs6DLweSbaNRABEfraUkyNMNNZrKGUpZ23YaLxNExzBbr32KUCfazgywWDymLDTl