#OPERASI

MANGSA BANJIR DI KEDAH MENURUN KEPADA 1,335 ORANG

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 1,335 mangsa daripada 381 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah selepas 10 PPS di tiga daerah ditutup hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataannya berkata, PPS yang ditutup adalah empat di Kulim iaitu di Surau Taman Sang Kancil; Dewan Kampung Paya Tok Betok; Dewan Orang Ramai Sungai Karangan dan Surau Kampung Padang Meha.

Sementara itu, empat PPS di Baling iaitu Dewan Tun Abdul Razak, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu; Kompleks Belia dan Sukan serta SK Seri Jemeli juga ditutup sepenuhnya hari ini.

Dua PPS di Sik iaitu SK Danglau dan SK Kampung Betong juga ditutup hari ini.

Setakat ini, hanya lima PPS di Kulim masih beroperasi di Sekolah Menengah Agama (SMA) Ihsaniah Kampung Jangkang, SK Pagar Museh, SRJC Khi Min, SK Merbau Pulas dan SJK (C) Aik Chee dengan menempatkan seramai 890 mangsa daripada 252 keluarga.

PPS di Dewan Serbaguna di Pokok Sena pula masih beroperasi dan menempatkan seramai 124 mangsa daripada 37 keluarga.

Di Pendang, seramai 279 mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah.

Di Padang Terap pula, seramai 19 mangsa daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Badminton Felda Lubuk Merbau.

Sementara itu, di Kubang Pasu, seramai 23 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun.

Berita selanjutnya disini:
https://www.buletintv3.my/nasional/mangsa-banjir-di-kedah-menurun-kepada-1335-orang/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02fcHZE2XqQGpAewrv7Z9zs1ChuPF6cJvgENXqSsTudbEyyAzKCXtSNmCTCs3DjGPjl
#OPERASI MANGSA BANJIR DI KEDAH MENURUN KEPADA 1,335 ORANG ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 1,335 mangsa daripada 381 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah selepas 10 PPS di tiga daerah ditutup hari ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataannya berkata, PPS yang ditutup adalah empat di Kulim iaitu di Surau Taman Sang Kancil; Dewan Kampung Paya Tok Betok; Dewan Orang Ramai Sungai Karangan dan Surau Kampung Padang Meha. Sementara itu, empat PPS di Baling iaitu Dewan Tun Abdul Razak, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu; Kompleks Belia dan Sukan serta SK Seri Jemeli juga ditutup sepenuhnya hari ini. Dua PPS di Sik iaitu SK Danglau dan SK Kampung Betong juga ditutup hari ini. Setakat ini, hanya lima PPS di Kulim masih beroperasi di Sekolah Menengah Agama (SMA) Ihsaniah Kampung Jangkang, SK Pagar Museh, SRJC Khi Min, SK Merbau Pulas dan SJK (C) Aik Chee dengan menempatkan seramai 890 mangsa daripada 252 keluarga. PPS di Dewan Serbaguna di Pokok Sena pula masih beroperasi dan menempatkan seramai 124 mangsa daripada 37 keluarga. Di Pendang, seramai 279 mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah. Di Padang Terap pula, seramai 19 mangsa daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Badminton Felda Lubuk Merbau. Sementara itu, di Kubang Pasu, seramai 23 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun. Berita selanjutnya disini: https://www.buletintv3.my/nasional/mangsa-banjir-di-kedah-menurun-kepada-1335-orang/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02fcHZE2XqQGpAewrv7Z9zs1ChuPF6cJvgENXqSsTudbEyyAzKCXtSNmCTCs3DjGPjl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews