#OPERASI

PENDUDUK KOTA SETAR DINASIHAT BERSEDIA PINDAH JIKA BANJIR

Alor Setar: Meskipun banjir di tiga daerah di negeri ini iaitu Padang Terap, Kubang Pasu dan Pokok Sena semakin surut namun penduduk daerah Kota Setar terutama yang tinggal berhampiran sungai perlu sentiasa bersedia kemungkinan banjir berlaku.

Ini kerana limpahan air sungai dari tiga daerah itu mengalir ke Sungai Kedah hingga menyebabkan sungai berkenaan melepasi tahap bahaya

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, hasil pemantauan yang dilakukan di beberapa kawasan di Kota Setar mendapati, ada kawasan yang sudah dinaiki air.

Katanya, pemantauan dilakukan di Mukim Langgar iaitu Kampung Tanjung Inggeris, manakala di Mukim Anak Bukit membabitkan Kampung Alor gunung, Alor Madi, Alor Senjaya, Kampung Seberang Chegar Dan Kampung Pantai Johor.

"Pemantauan turut dilakukan di Mukim Titi Gajah yang membabitkan Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor perang, Kampung Seberang Titi gajah dan Kampung Bogor.

"Sekiranya berlaku hujan lebat serta pertembungan air pasang atau limpahan air sungai dari tiga daerah terbabit, berkemungkinan banjir boleh berlaku di daerah Kota Setar pula.

"Namun APM bersama agensi penyelamat lain sentiasa melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir walaupun keadaan cuaca hari ini cerah, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Mohd Bukhori menasihatkan penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan untuk keselamatan mereka.

Katanya, beliau tidak mahu kejadian sama berulang di beberapa daerah sebelum ini apabila ramai penduduk enggan berpindah sehingga menyukarkan penyelamatan dilakukan.

Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1280232/penduduk-kota-setar-dinasihat-bersedia-pindah-jika-banjir%C2%A0

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0v9VsL3jtmrr5XTNDqM6zCteDzcHc2LwZJPwz3oGJUZGNS3AqQMyV69ZggAQqNEh5l
#OPERASI PENDUDUK KOTA SETAR DINASIHAT BERSEDIA PINDAH JIKA BANJIR Alor Setar: Meskipun banjir di tiga daerah di negeri ini iaitu Padang Terap, Kubang Pasu dan Pokok Sena semakin surut namun penduduk daerah Kota Setar terutama yang tinggal berhampiran sungai perlu sentiasa bersedia kemungkinan banjir berlaku. Ini kerana limpahan air sungai dari tiga daerah itu mengalir ke Sungai Kedah hingga menyebabkan sungai berkenaan melepasi tahap bahaya Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, hasil pemantauan yang dilakukan di beberapa kawasan di Kota Setar mendapati, ada kawasan yang sudah dinaiki air. Katanya, pemantauan dilakukan di Mukim Langgar iaitu Kampung Tanjung Inggeris, manakala di Mukim Anak Bukit membabitkan Kampung Alor gunung, Alor Madi, Alor Senjaya, Kampung Seberang Chegar Dan Kampung Pantai Johor. "Pemantauan turut dilakukan di Mukim Titi Gajah yang membabitkan Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor perang, Kampung Seberang Titi gajah dan Kampung Bogor. "Sekiranya berlaku hujan lebat serta pertembungan air pasang atau limpahan air sungai dari tiga daerah terbabit, berkemungkinan banjir boleh berlaku di daerah Kota Setar pula. "Namun APM bersama agensi penyelamat lain sentiasa melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir walaupun keadaan cuaca hari ini cerah, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku," katanya. Mohd Bukhori menasihatkan penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan untuk keselamatan mereka. Katanya, beliau tidak mahu kejadian sama berulang di beberapa daerah sebelum ini apabila ramai penduduk enggan berpindah sehingga menyukarkan penyelamatan dilakukan. Berita selanjutnya disini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1280232/penduduk-kota-setar-dinasihat-bersedia-pindah-jika-banjir%C2%A0 Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0v9VsL3jtmrr5XTNDqM6zCteDzcHc2LwZJPwz3oGJUZGNS3AqQMyV69ZggAQqNEh5l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews