#OPERASI

APM HADAPI CABARAN PINDAHKAN MANGSA BANJIR DI KULIM

KULIM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim berdepan pelbagai cabaran pada peringkat awal operasi memindahkan mangsa banjir di daerah ini, termasuk kekurangan aset dan anggota.

Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Leftenan (PA), Azman Amat berkata, keadaan itu berpunca daripada peningkatan mendadak jumlah mangsa yang perlu dipindahkan, terutamanya semalam.

Bagaimanapun, katanya, situasi tersebut dapat diatasi selepas operasi pemindahan mendapat bantuan daripada pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Banjir kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini kerana kali ini lebih ramai mangsa yang dipindahkan dan kami kekurangan aset pada mulanya, tetapi Alhamdulillah kita dapat atasi masalah tersebut.

"Pelbagai agensi lain turut membantu dan APM dari daerah lain turut menghantar anggota untuk bantu kita menguruskan bencana banjir di daerah Kulim,” katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.

Menurut Azman, satu lagi cabaran yang dihadapi ialah sikap segelintir penduduk yang enggan berpindah walaupun rumah mereka telah dinaiki air atau laluan keluar masuk terputus akibat banjir.

Beliau berkata, dalam keadaan sedemikian pihaknya mengambil pendekatan menasihatkan penduduk supaya berpindah segera atau sekurang-kurangnya sentiasa memantau paras air dari semasa ke semasa.

"Nasihat saya kepada masyarakat di sekitar Kulim, sentiasalah peka dengan keadaan semasa dan sekiranya paras air meningkat, dengarlah arahan serta nasihat agensi penyelamat untuk berpindah segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Berita selanjutnya disini:
https://www.sinarharian.com.my/article/754007/edisi/utara/apm-hadapi-cabaran-pindahkan-mangsa-banjir-di-kulim

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02erbrfiztDLRrWARqJzpVc5i7tMRApnvW76s5pMvQEB8x91jHaWoibVwT9MAj3y3dl
#OPERASI APM HADAPI CABARAN PINDAHKAN MANGSA BANJIR DI KULIM KULIM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim berdepan pelbagai cabaran pada peringkat awal operasi memindahkan mangsa banjir di daerah ini, termasuk kekurangan aset dan anggota. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Leftenan (PA), Azman Amat berkata, keadaan itu berpunca daripada peningkatan mendadak jumlah mangsa yang perlu dipindahkan, terutamanya semalam. Bagaimanapun, katanya, situasi tersebut dapat diatasi selepas operasi pemindahan mendapat bantuan daripada pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Banjir kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini kerana kali ini lebih ramai mangsa yang dipindahkan dan kami kekurangan aset pada mulanya, tetapi Alhamdulillah kita dapat atasi masalah tersebut. "Pelbagai agensi lain turut membantu dan APM dari daerah lain turut menghantar anggota untuk bantu kita menguruskan bencana banjir di daerah Kulim,” katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu. Menurut Azman, satu lagi cabaran yang dihadapi ialah sikap segelintir penduduk yang enggan berpindah walaupun rumah mereka telah dinaiki air atau laluan keluar masuk terputus akibat banjir. Beliau berkata, dalam keadaan sedemikian pihaknya mengambil pendekatan menasihatkan penduduk supaya berpindah segera atau sekurang-kurangnya sentiasa memantau paras air dari semasa ke semasa. "Nasihat saya kepada masyarakat di sekitar Kulim, sentiasalah peka dengan keadaan semasa dan sekiranya paras air meningkat, dengarlah arahan serta nasihat agensi penyelamat untuk berpindah segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. Berita selanjutnya disini: https://www.sinarharian.com.my/article/754007/edisi/utara/apm-hadapi-cabaran-pindahkan-mangsa-banjir-di-kulim Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02erbrfiztDLRrWARqJzpVc5i7tMRApnvW76s5pMvQEB8x91jHaWoibVwT9MAj3y3dl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews