#OPERASI

MANGSA BANJIR DI KEDAH MENINGKAT KEPADA 1,858 ORANG DI 14 PPS

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,858 mangsa daripada 587 keluarga yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat jam 8 pagi hari ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,283 mangsa daripada 407 keluarga yang dilaporkan setakat jam 12 tengah malam tadi.

Peningkatan jumlah mangsa banjir itu disebabkan dua lagi daerah iaitu Pokok Sena dan Baling dinaiki air sejak malam tadi menyebabkan lima PPS dibuka di dua daerah itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataannya memaklumkan, PPS yang baru dibuka di daerah Baling adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong; SK Seri Bayu; Dewan Tun Abdul Razak (lama); dan Kompleks Belia dan Sukan yang menempatkan keseluruhan mangsa banjir seramai 251 mangsa daripada 68 keluarga di daerah itu.

Kesemua mangsa yang dipindahkan di daerah itu adalah dari Mukim Siong iaitu Kampung Siput; Depan SK Siong; Kampung Cenerai; Kampung Baru; Kampung Bendang Sera; Kampung Haji Abas; Kampung Lubuk Pedati; Kampung Seberang Market Lama; Kampung Lahar; Kampung Tepi Masjid Baru dan Kampung Batu 48.

Setakat ini, lapan daerah di negeri ini turut terjejas akibat banjir namun tiada PPS dibuka di daerah itu setakat ini.

Antara daerah terbabit adalah Sik, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Bandar Baharu, Baling, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Berdasarkan laman web Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, lima sungai di negeri ini sudah melepasi tahap bahaya iaitu dua di daerah Pendang, masing-masing satu di Baling, Sik, dan Kubang Pasu setakat jam 7 pagi hari ini

Berita selanjutnya disini:
https://www.buletintv3.my/nasional/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-kepada-1858-orang-di-14-pps/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yzwcYhvnDadDY44cs19gUcoGntoQy8rFMroSu3GfbF918V9uuSJu1bvNHmHztuTGl
#OPERASI MANGSA BANJIR DI KEDAH MENINGKAT KEPADA 1,858 ORANG DI 14 PPS ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,858 mangsa daripada 587 keluarga yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat jam 8 pagi hari ini. Jumlah itu meningkat berbanding 1,283 mangsa daripada 407 keluarga yang dilaporkan setakat jam 12 tengah malam tadi. Peningkatan jumlah mangsa banjir itu disebabkan dua lagi daerah iaitu Pokok Sena dan Baling dinaiki air sejak malam tadi menyebabkan lima PPS dibuka di dua daerah itu. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataannya memaklumkan, PPS yang baru dibuka di daerah Baling adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong; SK Seri Bayu; Dewan Tun Abdul Razak (lama); dan Kompleks Belia dan Sukan yang menempatkan keseluruhan mangsa banjir seramai 251 mangsa daripada 68 keluarga di daerah itu. Kesemua mangsa yang dipindahkan di daerah itu adalah dari Mukim Siong iaitu Kampung Siput; Depan SK Siong; Kampung Cenerai; Kampung Baru; Kampung Bendang Sera; Kampung Haji Abas; Kampung Lubuk Pedati; Kampung Seberang Market Lama; Kampung Lahar; Kampung Tepi Masjid Baru dan Kampung Batu 48. Setakat ini, lapan daerah di negeri ini turut terjejas akibat banjir namun tiada PPS dibuka di daerah itu setakat ini. Antara daerah terbabit adalah Sik, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Bandar Baharu, Baling, Kubang Pasu dan Pokok Sena. Berdasarkan laman web Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, lima sungai di negeri ini sudah melepasi tahap bahaya iaitu dua di daerah Pendang, masing-masing satu di Baling, Sik, dan Kubang Pasu setakat jam 7 pagi hari ini Berita selanjutnya disini: https://www.buletintv3.my/nasional/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-kepada-1858-orang-di-14-pps/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yzwcYhvnDadDY44cs19gUcoGntoQy8rFMroSu3GfbF918V9uuSJu1bvNHmHztuTGl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews