#OPERASI

JUMLAH MANGSA BANJIR AKIBAT AIR PASANG BESAR DI TANJUNG DAWAI MENINGKAT

SUNGAI PETANI: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chong Cheong, Tanjung Dawai di sini meningkat kepada 50 mangsa daripada 23 keluarga.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 8 pagi hari ini berbanding 47 mangsa daripada 22 keluarga pada jam 10 malam tadi.

Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air akibat air pasang besar yang berlaku di Kampung Huma, Tanjung Dawai, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataannya berkata, setakat ini kesemua mangsa yang dipindahkan di PPS berkenaan adalah dari Mukim Merbok.

Sementara itu, berdasarkan laman Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, dua sungai di negeri ini sudah melepasi tahap amaran iaitu Sungai Melaka di Bukit Kemboja, Langkawi dan Sungai Pendang di Pekan Pendang.

Manakala Sungai Ketil di Kampung Bongor di daerah Baling sudah melepasi paras waspada.

Berita selanjutnya disini:
https://www.buletintv3.my/nasional/jumlah-mangsa-banjir-akibat-air-pasang-besar-di-tanjung-dawai-meningkat/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
APM Kuala Muda Page

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid05pqeQyye2VG4E97BNueDVN6NYQUmEsbGGqtdzMtDtgFTCg8TBn7ob9nEcwxFWLucl
#OPERASI JUMLAH MANGSA BANJIR AKIBAT AIR PASANG BESAR DI TANJUNG DAWAI MENINGKAT SUNGAI PETANI: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chong Cheong, Tanjung Dawai di sini meningkat kepada 50 mangsa daripada 23 keluarga. Jumlah itu dilaporkan setakat jam 8 pagi hari ini berbanding 47 mangsa daripada 22 keluarga pada jam 10 malam tadi. Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air akibat air pasang besar yang berlaku di Kampung Huma, Tanjung Dawai, semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataannya berkata, setakat ini kesemua mangsa yang dipindahkan di PPS berkenaan adalah dari Mukim Merbok. Sementara itu, berdasarkan laman Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, dua sungai di negeri ini sudah melepasi tahap amaran iaitu Sungai Melaka di Bukit Kemboja, Langkawi dan Sungai Pendang di Pekan Pendang. Manakala Sungai Ketil di Kampung Bongor di daerah Baling sudah melepasi paras waspada. Berita selanjutnya disini: https://www.buletintv3.my/nasional/jumlah-mangsa-banjir-akibat-air-pasang-besar-di-tanjung-dawai-meningkat/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah APM Kuala Muda Page #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid05pqeQyye2VG4E97BNueDVN6NYQUmEsbGGqtdzMtDtgFTCg8TBn7ob9nEcwxFWLucl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews