#KEPIMPINAN

PROGRAM PEMBUNGKUSAN BANTUAN BANJIR BERSAMA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA TAHUN 2025

Selasa, 22 Oktober 2025 - Sekitar program yang telah disempurnakan oleh YAM Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bertempat di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM.

Program ini melibatkan kerjasama Nestlé Malaysia bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) serta sokongan penuh dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Matlamat utama program ini adalah menyediakan 5,000 set bantuan makanan dan 1,000 set kit kebersihan untuk memenuhi keperluan mendesak akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Bantuan ini dirancang untuk meringankan beban mangsa yang terjejas serta memastikan keperluan asas mereka seperti makanan dan kebersihan diri dapat dipenuhi semasa bencana.

Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Dato’ Danial Iskandar Abdul Rahman, Setiausaha Agung BSMM, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia serta para sukarelawan yang terlibat.

Jabatan Perdana Menteri
Malaysian Red Crescent

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
*

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0L51mLAYh95mTHgfiD1NpvyHng3Mz49ffiEc33yjNzDrKDd4yt4GttXP6SoW9ELVBl
#KEPIMPINAN PROGRAM PEMBUNGKUSAN BANTUAN BANJIR BERSAMA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA TAHUN 2025 Selasa, 22 Oktober 2025 - Sekitar program yang telah disempurnakan oleh YAM Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bertempat di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM. Program ini melibatkan kerjasama Nestlé Malaysia bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) serta sokongan penuh dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Matlamat utama program ini adalah menyediakan 5,000 set bantuan makanan dan 1,000 set kit kebersihan untuk memenuhi keperluan mendesak akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) kali ini. Bantuan ini dirancang untuk meringankan beban mangsa yang terjejas serta memastikan keperluan asas mereka seperti makanan dan kebersihan diri dapat dipenuhi semasa bencana. Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Dato’ Danial Iskandar Abdul Rahman, Setiausaha Agung BSMM, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia serta para sukarelawan yang terlibat. Jabatan Perdana Menteri Malaysian Red Crescent #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI * --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0L51mLAYh95mTHgfiD1NpvyHng3Mz49ffiEc33yjNzDrKDd4yt4GttXP6SoW9ELVBl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews