#ASPIRASI
HANIFAH HARGAI PENGORBANAN DAN DEDIKASI ANGGOTA APM
MUKAH: Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan serta kecekapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sentiasa bersiap siaga memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
Beliau berkata, dedikasi dan semangat yang ditunjukkan anggota APM sewajarnya dijadikan teladan dalam usaha membina masyarakat yang lebih peka terhadap aspek keselamatan dan kesiapsiagaan awam.
“Komitmen tinggi dan semangat juang anggota APM amat wajar dihargai. Mereka sentiasa berada di barisan hadapan membantu masyarakat tanpa mengira waktu atau keadaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Pingat dan Reben Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak 2025 di sini, hari ini.
Hanifah turut menzahirkan harapan agar peranan APM terus diperkasa melalui sokongan menyeluruh daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.
Menurutnya, usaha memperkukuh kesiapsiagaan awam perlu dilaksanakan secara berterusan bagi menghadapi cabaran bencana alam dan perubahan iklim yang semakin mencabar masa kini.
Pada majlis yang sama, beliau turut dianugerahkan Pegawai Kehormat Aktif Wanita Tahun 2024 oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen tinggi beliau dalam menyokong pelbagai inisiatif dan program anjuran APM.
Penganugerahan yang diterima Hanifah pada majlis tersebut turut mencerminkan komitmen dan keprihatinan beliau dalam memperkukuh jaringan keselamatan komuniti di peringkat akar umbi.
Berita selanjutnya disini:
https://suarasarawak.my/hanifah-hargai-pengorbanan-dan-dedikasi-anggota-apm/
Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ywfb4dHYNKWnoSS5iAZPsoTFAvZ32mZTNPB6MiBVpxxV1jEZiH5vqKciE6S54JJ7l