#ASPIRASI

APM DALAT PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

DALAT, 10 Okt: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dalat memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) melalui latihan berterusan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat, Leftenan Muda (PA) Muhammad Helmi Halim berkata, latihan berterusan dijalankan bagi memastikan semua anggota sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Latihan pengendalian bot, penyelenggaraan aset dan pengurusan peralatan operasi dilaksanakan secara berkala bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut menjadi fokus utama bagi memastikan operasi pemindahan mangsa bencana dapat dijalankan dengan cekap dan teratur.

“Kami mahu memastikan setiap anggota mampu menguruskan PPS dengan baik, terutama ketika pemindahan mangsa bencana,” ujarnya.

Selain itu, pemantauan di kawasan berisiko banjir turut dilakukan secara berkala terutama ketika hujan lebat yang berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar bagi membolehkan tindakan awal diambil.

Sementara itu, Pengarah APM Negeri Sarawak, Mohtar Samat mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dalat bagi meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan serta menilai keperluan semasa.

Mohtar turut menzahirkan penghargaan atas komitmen dan disiplin tinggi yang ditunjukkan anggota APM Dalat.

“Saya berbangga dengan usaha APM Dalat yang sentiasa bersedia dan berdisiplin tinggi. Teruskan memberi perkhidmatan terbaik sejajar dengan slogan APM — Sedia, Pantas, Berintegriti,” jelasnya.-TVS

Berita selanjutnya disini:
https://www.tvsarawak.my/2025/10/10/apm-dalat-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-monsun-timur-laut/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Dalat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02pwK6CorEhoE8fMSiCED8DsgTNp276UFGzgPFd9ZavmaAiv7kCG4UyaDDrxJsTmY4l
#ASPIRASI APM DALAT PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT DALAT, 10 Okt: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dalat memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) melalui latihan berterusan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat, Leftenan Muda (PA) Muhammad Helmi Halim berkata, latihan berterusan dijalankan bagi memastikan semua anggota sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. “Latihan pengendalian bot, penyelenggaraan aset dan pengurusan peralatan operasi dilaksanakan secara berkala bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut menjadi fokus utama bagi memastikan operasi pemindahan mangsa bencana dapat dijalankan dengan cekap dan teratur. “Kami mahu memastikan setiap anggota mampu menguruskan PPS dengan baik, terutama ketika pemindahan mangsa bencana,” ujarnya. Selain itu, pemantauan di kawasan berisiko banjir turut dilakukan secara berkala terutama ketika hujan lebat yang berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar bagi membolehkan tindakan awal diambil. Sementara itu, Pengarah APM Negeri Sarawak, Mohtar Samat mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dalat bagi meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan serta menilai keperluan semasa. Mohtar turut menzahirkan penghargaan atas komitmen dan disiplin tinggi yang ditunjukkan anggota APM Dalat. “Saya berbangga dengan usaha APM Dalat yang sentiasa bersedia dan berdisiplin tinggi. Teruskan memberi perkhidmatan terbaik sejajar dengan slogan APM — Sedia, Pantas, Berintegriti,” jelasnya.-TVS Berita selanjutnya disini: https://www.tvsarawak.my/2025/10/10/apm-dalat-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-monsun-timur-laut/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Dalat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02pwK6CorEhoE8fMSiCED8DsgTNp276UFGzgPFd9ZavmaAiv7kCG4UyaDDrxJsTmY4l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews