#ASPIRASI

APM DALAT PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI MTL

DALAT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dalat terus memperkukuh kesiapsiagaan pasukan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) melalui pelaksanaan latihan secara berterusan dan pemantauan rapi di kawasan berisiko banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Dalat Leftenan Muda (PA) Muhammad Helmi Halim berkata, latihan tersebut dilaksanakan bagi memastikan anggota berada pada tahap kesiapsiagaan yang maksimum.

“Ini khususnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang berlaku ketika musim hujan lebat dan fenomena air pasang besar berlaku serentak.

“Latihan pengendalian bot, penggunaan peralatan operasi serta penyelenggaraan aset sentiasa diberi perhatian agar semuanya berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan bila-bila masa,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut ditekankan bagi memastikan anggota dapat menguruskannya dengan cekap.

Pemantauan berkala juga turut dilakukan di kawasan yang berisiko banjir terutamanya ketika musim hujan lebat.

Terdahulu, pada Rabu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dalat telah menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Pertahanan Awam Sarawak, YS PPj (PA) Mohtar Samat bagi meninjau kesiapsiagaan operasi dan menilai keperluan semasa APM Dalat.

Dalam lawatan tersebut, Mohtar merakamkan penghargaan atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga APM Dalat dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Beliau turut berharap agar warga APM Dalat kekal konsisten dalam komitmen bekerja bagi memastikan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.

Berita selanjutnya disini:
https://suarasarawak.my/apm-dalat-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-mtl/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Dalat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ibGy4Gw1NUKExaboRmHYpDrGmk42Aw7JGEziroGuKkc32wEaqdyZePYHEpUQYamKl
#ASPIRASI APM DALAT PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI MTL DALAT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dalat terus memperkukuh kesiapsiagaan pasukan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) melalui pelaksanaan latihan secara berterusan dan pemantauan rapi di kawasan berisiko banjir. Pegawai Pertahanan Awam Dalat Leftenan Muda (PA) Muhammad Helmi Halim berkata, latihan tersebut dilaksanakan bagi memastikan anggota berada pada tahap kesiapsiagaan yang maksimum. “Ini khususnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang berlaku ketika musim hujan lebat dan fenomena air pasang besar berlaku serentak. “Latihan pengendalian bot, penggunaan peralatan operasi serta penyelenggaraan aset sentiasa diberi perhatian agar semuanya berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan bila-bila masa,” katanya. Mengulas lanjut, katanya, pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut ditekankan bagi memastikan anggota dapat menguruskannya dengan cekap. Pemantauan berkala juga turut dilakukan di kawasan yang berisiko banjir terutamanya ketika musim hujan lebat. Terdahulu, pada Rabu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dalat telah menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Pertahanan Awam Sarawak, YS PPj (PA) Mohtar Samat bagi meninjau kesiapsiagaan operasi dan menilai keperluan semasa APM Dalat. Dalam lawatan tersebut, Mohtar merakamkan penghargaan atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga APM Dalat dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Beliau turut berharap agar warga APM Dalat kekal konsisten dalam komitmen bekerja bagi memastikan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat. Berita selanjutnya disini: https://suarasarawak.my/apm-dalat-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-mtl/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Dalat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ibGy4Gw1NUKExaboRmHYpDrGmk42Aw7JGEziroGuKkc32wEaqdyZePYHEpUQYamKl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews