#OPERASI

FENOMENA AIR PASANG BESAR, 18 LOKASI DI KEDAH BERISIKO BANJIR

ALOR SETAR – Sebanyak 18 lokasi yang terletak berhampiran pantai dan muara sungai di lima daerah di negeri ini berisiko dilanda banjir susulan fenomena air pasang besar bermula tengah malam ini hingga awal pagi Jumaat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), fenomena itu diramal berlaku selama empat hari berturut-turut bermula pukul 12.45 tengah malam ini dengan ketinggian ombak 2.9 meter.

“Seterusnya pada Rabu (1.14 pagi), Khamis (1.45 pagi) dan Jumaat (2.18 pagi) dengan ketinggian ombak tiga meter,” katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan banjir di kawasan perumahan di Jalan Makam Diraja Langgar, di sini hari ini.

Katanya, di daerah Kota Setar, kawasan berisiko banjir akibat fenomena berkenaan ialah Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Taman Sri Pantai.

Berita selanjutnya disini:
https://www.kosmo.com.my/2025/10/06/fenomena-air-pasang-besar-18-lokasi-di-kedah-berisiko-banjir/

Dipetik daripada akhbar:
Kosmo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0sTKxUzq5N9vWusHJmNsvbdoDW5uNfKyvjp8SggSurDmLJwbX2WZAWuBvggg6EX3Jl
#OPERASI FENOMENA AIR PASANG BESAR, 18 LOKASI DI KEDAH BERISIKO BANJIR ALOR SETAR – Sebanyak 18 lokasi yang terletak berhampiran pantai dan muara sungai di lima daerah di negeri ini berisiko dilanda banjir susulan fenomena air pasang besar bermula tengah malam ini hingga awal pagi Jumaat. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), fenomena itu diramal berlaku selama empat hari berturut-turut bermula pukul 12.45 tengah malam ini dengan ketinggian ombak 2.9 meter. “Seterusnya pada Rabu (1.14 pagi), Khamis (1.45 pagi) dan Jumaat (2.18 pagi) dengan ketinggian ombak tiga meter,” katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan banjir di kawasan perumahan di Jalan Makam Diraja Langgar, di sini hari ini. Katanya, di daerah Kota Setar, kawasan berisiko banjir akibat fenomena berkenaan ialah Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Taman Sri Pantai. Berita selanjutnya disini: https://www.kosmo.com.my/2025/10/06/fenomena-air-pasang-besar-18-lokasi-di-kedah-berisiko-banjir/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0sTKxUzq5N9vWusHJmNsvbdoDW5uNfKyvjp8SggSurDmLJwbX2WZAWuBvggg6EX3Jl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews