#OPERASI

HANYA TAHU BANJIR LANDA KAWASAN RUMAH MELALUI CCTV

ALOR SETAR: "Masa air sungai memenuhi perkarangan rumah tengah malam Jumaat lalu, saya hanya mengetahuinya melalui kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

"Ketika itu, saya berada di Bangi, Selangor kerana mempunyai urusan dan isteri saya, Awatif Ahmad pulang dahulu, Sabtu lalu," kata Mohd Zubir Mat Jafri, 63.

Mohd Zubir adalah penduduk di Jalan Makam Diraja Langgar yang terjejas akibat banjir akibat limpahan Sungai Langgar, sejak semalam.

Katanya, disebabkan sudah beberapa kali kawasan rumahnya dinaiki air sebelum ini, dia tidak meletakkan barang di tingkat bawah rumah dua tingkat pusaka peninggalan keluarga mentuanya itu.

Sementara itu, Pengarah APM Kedah, Lt. Kol. (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, keadaan banjir di negeri ini beransur pulih apabila air sudah mulai surut.

Beliau berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati keadaan banjir di Makam Diraja Langgar dan beberapa kawasan di Pekan Langgar sudah semakin surut. Bagaimanapun jumlah mangsa di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah iaitu Pokok Sena dan Kota Setar sudah berkurangan kepada 153 mangsa daripada 48 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.

"Kita jangkakan jumlah mangsa akan terus berkurangan disebabkan cuaca kini dalam keadaan baik dan cerah selain tinjauan mendapati, air sudah mulai surut.

"Dua PPS yang beroperasi adalah di Dewan Serbaguna di daerah Pokok Sena seramai 44 mangsa daripada 15 keluarga dan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar pula seramai 109 mangsa daripada 33 keluarga," katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, Mohd Bukhori menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengawasi anak-anak supaya tidak bermain air di kawasan banjir.

Berita selanjutnya disini:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/10/1454861/hanya-tahu-banjir-landa-kawasan-rumah-melalui-cctv

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid025e8ozfUTmwFNLAbo7MTX9a21tawm8kcznMCk9h6V1yrvdf8UAEyskyWidEJ3wJUcl
#OPERASI HANYA TAHU BANJIR LANDA KAWASAN RUMAH MELALUI CCTV ALOR SETAR: "Masa air sungai memenuhi perkarangan rumah tengah malam Jumaat lalu, saya hanya mengetahuinya melalui kamera rakaman litar tertutup (CCTV). "Ketika itu, saya berada di Bangi, Selangor kerana mempunyai urusan dan isteri saya, Awatif Ahmad pulang dahulu, Sabtu lalu," kata Mohd Zubir Mat Jafri, 63. Mohd Zubir adalah penduduk di Jalan Makam Diraja Langgar yang terjejas akibat banjir akibat limpahan Sungai Langgar, sejak semalam. Katanya, disebabkan sudah beberapa kali kawasan rumahnya dinaiki air sebelum ini, dia tidak meletakkan barang di tingkat bawah rumah dua tingkat pusaka peninggalan keluarga mentuanya itu. Sementara itu, Pengarah APM Kedah, Lt. Kol. (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, keadaan banjir di negeri ini beransur pulih apabila air sudah mulai surut. Beliau berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati keadaan banjir di Makam Diraja Langgar dan beberapa kawasan di Pekan Langgar sudah semakin surut. Bagaimanapun jumlah mangsa di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah iaitu Pokok Sena dan Kota Setar sudah berkurangan kepada 153 mangsa daripada 48 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini. "Kita jangkakan jumlah mangsa akan terus berkurangan disebabkan cuaca kini dalam keadaan baik dan cerah selain tinjauan mendapati, air sudah mulai surut. "Dua PPS yang beroperasi adalah di Dewan Serbaguna di daerah Pokok Sena seramai 44 mangsa daripada 15 keluarga dan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar pula seramai 109 mangsa daripada 33 keluarga," katanya ketika ditemui. Bagaimanapun, Mohd Bukhori menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengawasi anak-anak supaya tidak bermain air di kawasan banjir. Berita selanjutnya disini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/10/1454861/hanya-tahu-banjir-landa-kawasan-rumah-melalui-cctv Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid025e8ozfUTmwFNLAbo7MTX9a21tawm8kcznMCk9h6V1yrvdf8UAEyskyWidEJ3wJUcl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews