#KEPIMPINAN

MAJLIS PELANCARAN KAMPUNG SIAGA 221 : APM NEGERI PERLIS

Sabtu, 04 Oktober 2025 – Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IPPA bertempat di Kampung Simpang Sanglang, Simpang Empat, Perlis.

Turut hadir, YS Lt. Kol. (PA) Mohd Izaimi bin Md Daud, Pengarah APM Negeri Perlis bersama Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta orang awam.

Majlis ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 200 orang terdiri daripada penduduk kampung, pemimpin tempatan, wakil-wakil jabatan serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Perlis.

Bertemakan “Komuniti Berdaya Tahan Bencana”, penubuhan Kampung Siaga bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan latihan kecemasan kepada penduduk di kawasan bandar dan luar bandar yang berisiko menghadapi bencana serta terdedah kepada ancaman keselamatan setempat.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan simulasi bencana memindahkan mangsa banjir dengan menaiki bot dan lori ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi penyelamat seperti APM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Majlis tersebut diteruskan pula dengan sesi taklimat kesiapsiagaan bencana telah disampaikan oleh Pegawai PDRM dan Pegawai Sekretariat APM Negeri Perlis serta gimik pelancaran dan penyampaian C-Tent kepada Wakil Komuniti Kampung Simpang Sanglang dan sukan rakyat bersama penduduk kampung seperti acara kukur nyok, tuju tin dan boling kelapa.

Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221 ini berjaya mencapai objektif dan melalui inisiatif ini, penduduk dapat mempertingkatkan kesedaran, persediaan dan tindakan pantas dalam menguruskan situasi kecemasan, sekaligus memperkukuh jaringan komuniti yang lebih selamat dan bersiap siaga.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Latihan Ippa
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0b2oD6Zfsy5uourB7g9Et2z2aZNSutcTo19PLnHsCNjV6je4bx92NVq9pjJoNpLPCl
#KEPIMPINAN MAJLIS PELANCARAN KAMPUNG SIAGA 221 : APM NEGERI PERLIS Sabtu, 04 Oktober 2025 – Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IPPA bertempat di Kampung Simpang Sanglang, Simpang Empat, Perlis. Turut hadir, YS Lt. Kol. (PA) Mohd Izaimi bin Md Daud, Pengarah APM Negeri Perlis bersama Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta orang awam. Majlis ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 200 orang terdiri daripada penduduk kampung, pemimpin tempatan, wakil-wakil jabatan serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Perlis. Bertemakan “Komuniti Berdaya Tahan Bencana”, penubuhan Kampung Siaga bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan latihan kecemasan kepada penduduk di kawasan bandar dan luar bandar yang berisiko menghadapi bencana serta terdedah kepada ancaman keselamatan setempat. Majlis tersebut telah dimulakan dengan simulasi bencana memindahkan mangsa banjir dengan menaiki bot dan lori ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi penyelamat seperti APM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Majlis tersebut diteruskan pula dengan sesi taklimat kesiapsiagaan bencana telah disampaikan oleh Pegawai PDRM dan Pegawai Sekretariat APM Negeri Perlis serta gimik pelancaran dan penyampaian C-Tent kepada Wakil Komuniti Kampung Simpang Sanglang dan sukan rakyat bersama penduduk kampung seperti acara kukur nyok, tuju tin dan boling kelapa. Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221 ini berjaya mencapai objektif dan melalui inisiatif ini, penduduk dapat mempertingkatkan kesedaran, persediaan dan tindakan pantas dalam menguruskan situasi kecemasan, sekaligus memperkukuh jaringan komuniti yang lebih selamat dan bersiap siaga. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Latihan Ippa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0b2oD6Zfsy5uourB7g9Et2z2aZNSutcTo19PLnHsCNjV6je4bx92NVq9pjJoNpLPCl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews