#OPERASI

SEJAM BERGELUT TANGKAP ULAR 200KG CUBA BAHAM KAMBING

KOTA BHARU – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan mengambil masa hampir satu jam untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat 200 kilogram yang cuba membaham kambing ternakan penduduk di dalam kandang di Kampung Lubok Jambu, di sini semalam.

Pegawai Operasi Pusat Kawalan Operasi Daerah Kota Bharu APM Kelantan, Mohd. Saifulbahri Wan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 11.10 malam daripada seorang penduduk kampung yang merupakan pemilik kandang itu.

Menurutnya, pemilik haiwan ternakan itu mendapati seekor ular sawa batik berada di kawasan kandang kambingnya sebelum reptilia tersebut bergerak memasuki semak selepas disuluh dengan lampu.

Anggota APM yang menggunakan peralatan khas mengambil masa kira-kira sejam untuk menangkap ular sawa batik sepanjang 4.5 meter yang tersembunyi di dalam kawasan semak.

Mohd. Saifulbahri memberitahu, reptilia tersebut merupakan ular sawa terbesar yang ditangkap oleh pasukannya sepanjang tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Berita selanjutnya disini:
https://www.kosmo.com.my/2025/10/03/sejam-bergelut-tangkap-ular-200kg-cuba-baham-kambing/

Dipetik daripada akhbar:
Kosmo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid036fmEyLJM57syHP1EdjRVAYrpEmRUjAQ2U12QbwG1DNFoFhN3ASQEi9GkDhn8mSBKl
#OPERASI SEJAM BERGELUT TANGKAP ULAR 200KG CUBA BAHAM KAMBING KOTA BHARU – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan mengambil masa hampir satu jam untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat 200 kilogram yang cuba membaham kambing ternakan penduduk di dalam kandang di Kampung Lubok Jambu, di sini semalam. Pegawai Operasi Pusat Kawalan Operasi Daerah Kota Bharu APM Kelantan, Mohd. Saifulbahri Wan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 11.10 malam daripada seorang penduduk kampung yang merupakan pemilik kandang itu. Menurutnya, pemilik haiwan ternakan itu mendapati seekor ular sawa batik berada di kawasan kandang kambingnya sebelum reptilia tersebut bergerak memasuki semak selepas disuluh dengan lampu. Anggota APM yang menggunakan peralatan khas mengambil masa kira-kira sejam untuk menangkap ular sawa batik sepanjang 4.5 meter yang tersembunyi di dalam kawasan semak. Mohd. Saifulbahri memberitahu, reptilia tersebut merupakan ular sawa terbesar yang ditangkap oleh pasukannya sepanjang tahun ini. – KOSMO! ONLINE Berita selanjutnya disini: https://www.kosmo.com.my/2025/10/03/sejam-bergelut-tangkap-ular-200kg-cuba-baham-kambing/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid036fmEyLJM57syHP1EdjRVAYrpEmRUjAQ2U12QbwG1DNFoFhN3ASQEi9GkDhn8mSBKl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews