#KEPIMPINAN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN CIVIL DEFENCE LIFEGUARD CHALLENGE (CDLC) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

Selasa, 30 September 2025 - Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bertempat di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YB Dato' Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato' Zaliza bin Zulkipli, Datuk Bandar Kuantan Majlis Bandaraya Kuantan, YH Dato' Sharuddin bin Jali, Pegawai Daerah Kuantan, YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YBrs. En. Mohd Fharid bin Saidu, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Pahang, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri serta Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Untuk makluman, pertandingan ini berlangsung selama 5 hari bermula 26 hingga 30 September 2025 (Jumaat hingga Selasa) dan ia melibatkan penyertaan dari 14 Kontinjen terdiri daripada APM Negeri seluruh negara bersama 3 Kontinjen dari Agensi Kerajaan (Jemputan Khas), 3 Kontinjen dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan 8 Kontinjen dari Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Negeri Pahang.

Antara acara yang dipertandingkan dalam pertandingan ini ialah Beach Sprint Relay, Run-Swim-Run, Beach Flag, Surf Board Relay, Rigid Inflatable Boat (RIB) Race, Ocean Endurance dan Rescue Tube Race. Selain itu, terdapat beberapa program yang diadakan sepanjang pertandingan itu berlangsung seperti pameran, demo menyelamatkan mangsa lemas, CPR dan sebagainya.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.
🥇JUARA : SARAWAK
🥈NAIB JOHAN : KEDAH
🥉KETIGA : SABAH

Jabatan Perdana Menteri
APM Pahang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid027nk9D9GQtCFmE74S1dD2epFaDGAWwbH9DJHtKnXu63ej8TBdePy24HbCDYmGyfY6l
#KEPIMPINAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN CIVIL DEFENCE LIFEGUARD CHALLENGE (CDLC) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025 Selasa, 30 September 2025 - Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bertempat di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YB Dato' Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato' Zaliza bin Zulkipli, Datuk Bandar Kuantan Majlis Bandaraya Kuantan, YH Dato' Sharuddin bin Jali, Pegawai Daerah Kuantan, YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YBrs. En. Mohd Fharid bin Saidu, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Pahang, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri serta Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Untuk makluman, pertandingan ini berlangsung selama 5 hari bermula 26 hingga 30 September 2025 (Jumaat hingga Selasa) dan ia melibatkan penyertaan dari 14 Kontinjen terdiri daripada APM Negeri seluruh negara bersama 3 Kontinjen dari Agensi Kerajaan (Jemputan Khas), 3 Kontinjen dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan 8 Kontinjen dari Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Negeri Pahang. Antara acara yang dipertandingkan dalam pertandingan ini ialah Beach Sprint Relay, Run-Swim-Run, Beach Flag, Surf Board Relay, Rigid Inflatable Boat (RIB) Race, Ocean Endurance dan Rescue Tube Race. Selain itu, terdapat beberapa program yang diadakan sepanjang pertandingan itu berlangsung seperti pameran, demo menyelamatkan mangsa lemas, CPR dan sebagainya. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. 🥇JUARA : SARAWAK 🥈NAIB JOHAN : KEDAH 🥉KETIGA : SABAH Jabatan Perdana Menteri APM Pahang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid027nk9D9GQtCFmE74S1dD2epFaDGAWwbH9DJHtKnXu63ej8TBdePy24HbCDYmGyfY6l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews