#KAWALAN

SIARAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN CIVIL DEFENCE LIFEGUARD CHALLENGE (CDLC) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

KUANTAN, 30 SEPTEMBER – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang hari ini telah mencemar duli ke Majlis Perasmian Penutupan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 diiringi oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

Pertandingan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) 2025 merupakan pertandingan pasukan penyelamat pantai APM. Pertandingan ini telah dianjurkan secara dwi‑tahunan sejak tahun 2019 dan edisi ketiganya berlangsung pada tahun 2025.

Pertandingan ini berlangsung selama 4 hari bermula 26 hingga 30 September 2025 (Jumaat hingga Selasa) dan ia melibatkan penyertaan dari 14 Kontinjen terdiri daripada APM Negeri seluruh negara bersama 3 Kontinjen dari Agensi Kerajaan (Jemputan Khas), 3 Kontinjen dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan 8 Kontinjen dari Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Negeri Pahang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk tindak balas kecemasan dan bencana khususnya dalam menyelamat di air. Pelaksanaan Penyelamat Pantai APM adalah berdasarkan punca kuasa Seksyen 2B Akta Angkatan Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).

Penganjuran pertandingan ini adalah hasil kerjasama Tourism Negeri Pahang dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan negeri. Selain itu, Pemilihan Pantai Teluk Cempedak bagi pertandingan ini adalah kawasan pelancongan yang mempunyai kemudahan pantai yang baik dan selamat serta dapat meningkatkan imej pelancongan Negeri Pahang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pelancongan serta meningkatkan pendapatan peniaga dan masyarakat tempatan.

Pertandingan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) ini merupakan salah satu inisiatif Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan objektifnya bagi menguji tahap kemahiran dan kecergasan serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota penyelamat pantai APM serta memperkasakan prosedur dan tanggungjawab petugas penyelamat pantai setaraf professional, memupuk kesedaran kepada masyarakat awam berkaitan peranan APM yang merangkumi aspek keselamatan di kawasan pantai dan air dan perkongsian ilmu dengan masyarakat dalam tindakan pencegahan lemas, menyelamat nyawa dan kecemasan di air, meningkatkan kompetensi anggota khususnya dalam penyelamatan dalam air dan melahirkan anggota yang terlatih dan berkemahiran.

Disiplin pertandingan ini berpandukan daripada International Life Saving Federation (ILS) yang mempunyai senarai disiplin bagi setiap kejohanan yang dianjurkan atau dikenali sebagai "lifesaving sport" bagi acara pantai seperti Beach Sprint Relay, Beach Flag, Surf Board Relay, Run-Swim-Run, Ocean Endurance, Rescue Tube dan Ridgit Inflatable Boat (RIB) Race.

Disiplin ini adalah untuk menguji kemahiran fizikal peserta melalui (larian, renangan, ketangkasan), penggunaan peralatan penyelamat, kecekapan dalam ombak, kelajuan dalam air, aspek keselamatan dan simulasi dalam situasi penyelamatan sebenar.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YBrs. Tuan Kamaruddin bin Ibrahim, Pengurus Besar Tourism Pahang, YS Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah APM Negeri Pahang, YS Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah Bahagian Bencana dan Operasi, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM serta Pegawai dan Anggota APM.

Jabatan Perdana Menteri
APM Pahang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02TBHEWn8eTugMB2nKQvecNbq7NXG8No9rBAEprqTY4svyfDUQoT93NKBV7ReyqmYnl
#KAWALAN SIARAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN CIVIL DEFENCE LIFEGUARD CHALLENGE (CDLC) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025 KUANTAN, 30 SEPTEMBER – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang hari ini telah mencemar duli ke Majlis Perasmian Penutupan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 diiringi oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Pertandingan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) 2025 merupakan pertandingan pasukan penyelamat pantai APM. Pertandingan ini telah dianjurkan secara dwi‑tahunan sejak tahun 2019 dan edisi ketiganya berlangsung pada tahun 2025. Pertandingan ini berlangsung selama 4 hari bermula 26 hingga 30 September 2025 (Jumaat hingga Selasa) dan ia melibatkan penyertaan dari 14 Kontinjen terdiri daripada APM Negeri seluruh negara bersama 3 Kontinjen dari Agensi Kerajaan (Jemputan Khas), 3 Kontinjen dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan 8 Kontinjen dari Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Negeri Pahang. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk tindak balas kecemasan dan bencana khususnya dalam menyelamat di air. Pelaksanaan Penyelamat Pantai APM adalah berdasarkan punca kuasa Seksyen 2B Akta Angkatan Pertahanan Awam 1951 (Akta 221). Penganjuran pertandingan ini adalah hasil kerjasama Tourism Negeri Pahang dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan negeri. Selain itu, Pemilihan Pantai Teluk Cempedak bagi pertandingan ini adalah kawasan pelancongan yang mempunyai kemudahan pantai yang baik dan selamat serta dapat meningkatkan imej pelancongan Negeri Pahang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pelancongan serta meningkatkan pendapatan peniaga dan masyarakat tempatan. Pertandingan Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) ini merupakan salah satu inisiatif Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan objektifnya bagi menguji tahap kemahiran dan kecergasan serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota penyelamat pantai APM serta memperkasakan prosedur dan tanggungjawab petugas penyelamat pantai setaraf professional, memupuk kesedaran kepada masyarakat awam berkaitan peranan APM yang merangkumi aspek keselamatan di kawasan pantai dan air dan perkongsian ilmu dengan masyarakat dalam tindakan pencegahan lemas, menyelamat nyawa dan kecemasan di air, meningkatkan kompetensi anggota khususnya dalam penyelamatan dalam air dan melahirkan anggota yang terlatih dan berkemahiran. Disiplin pertandingan ini berpandukan daripada International Life Saving Federation (ILS) yang mempunyai senarai disiplin bagi setiap kejohanan yang dianjurkan atau dikenali sebagai "lifesaving sport" bagi acara pantai seperti Beach Sprint Relay, Beach Flag, Surf Board Relay, Run-Swim-Run, Ocean Endurance, Rescue Tube dan Ridgit Inflatable Boat (RIB) Race. Disiplin ini adalah untuk menguji kemahiran fizikal peserta melalui (larian, renangan, ketangkasan), penggunaan peralatan penyelamat, kecekapan dalam ombak, kelajuan dalam air, aspek keselamatan dan simulasi dalam situasi penyelamatan sebenar. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YBrs. Tuan Kamaruddin bin Ibrahim, Pengurus Besar Tourism Pahang, YS Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah APM Negeri Pahang, YS Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah Bahagian Bencana dan Operasi, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM serta Pegawai dan Anggota APM. Jabatan Perdana Menteri APM Pahang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02TBHEWn8eTugMB2nKQvecNbq7NXG8No9rBAEprqTY4svyfDUQoT93NKBV7ReyqmYnl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews