#LATIHAN
TUNTUT ILMU 'TUNDUKKAN' BUAYA
Kuala Lumpur: Guna buaya tembaga sebenar bagi melatih seramai 52 anggota penyelamat berhubung kaedah pengendalian reptilia ganas berkenaan.
Pendekatan itu bagi memastikan mereka benar-benar memahami cara untuk berdepan dan `menundukkan' haiwan pemangsa itu dalam situasi sebenar.
Latihan itu dilakukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak bagi memperkukuh keupayaan anggotanya melalui Kursus Pengendalian Reptilia Buaya 2025 di Pusat Pertahanan Awam Sarawak baru-baru ini.
Ini susulan Insiden buaya menyerang manusia di sungai-sungai Sarawak bukan lagi perkara asing berikutan kes mangsa dibaham reptilia ganas itu berlaku saban tahun.
Kursus intensif lima hari itu menghimpunkan 40 anggota APM Sarawak, selain penyertaan wakil APM Sabah, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Turut serta, Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang menghantar lima jurulatih pakar serta lapan pegawai PUSPA sebagai tenaga pengajar.
Lt. (PA) Mahathir Mohd Isa dari Kluster Teknikal dan Kemahiran PUSPA Sarawak berkata, latihan merangkumi tatacara menangkap buaya hidup-hidup, teknik kawalan kecemasan, pemahaman Ordinan Hidupan Liar Sarawak, serta simulasi operasi menyelamat di lubuk sebenar buaya di Sungai Samarahan.
Menurutnya, kursus berkenaan bukan sahaja menajamkan kemahiran teknikal, malah mengukuhkan kerjasama antara agensi penyelamat.
"Setiap anggota perlu bersedia berdepan situasi berisiko tinggi ketika berhadapan reptilia ini. Dengan latihan khusus, kita bukan sekadar mampu bertindak cepat, tetapi juga mengikut prosedur selamat dan berlandaskan undang-undang," jelasnya.
Selain meningkatkan keupayaan operasi, program itu juga bertujuan mendidik komuniti tempatan supaya lebih bersiap siaga, memandangkan kes buaya menceroboh kawasan penempatan semakin kerap berlaku.
Berita selanjutnya disini:
https://www.buletintv3.my/nasional/tuntut-ilmu-tundukkan-buaya/
Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunB
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02NRk5hSwGBuNDZvWm1FeCH8ynbnv5Cjzssxtdk2tQtGW666Ns7yKttf3eBWuYeZzvl