#KEPRIHATINAN

JENAZAH BEKAS WARTAWAN SAMBILAN NSTP DIKEBUMIKAN DI TANJONG KARANG

Tanjong Karang: Bekas wartawan sambilan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Suzaini Sulaiman, 52, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selamat dikebumikan semalam.

Jenazah anak bongsu dari tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Tanjong Karang, di sini, kira-kira 6 petang.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Suzaini yang tiba dari Hospital Putrajaya disolatkan di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang, 5.15 petang.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada rakan sekerja, saudara-mara dan sahabat handai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, Allahyarham dikatakan mengalami serangan jantung ketika melakukan latihan kecergasan di sebuah pusat gimnasium di Putrajaya.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya namun disahkan meninggal dunia pada 7.45 malam.

Untuk rekod, Allahyarham menyertai NSTP bagi kawasan Kuala Selangor sekitar 2006/2007 sehingga 2018.

Beliau kemudian menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor pada Ogos 2017 sebelum bertugas di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1245988/jenazah-bekas-wartawan-sambilan-nstp-dikebumikan-di-tanjong-karang

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02uQMoemikdwkLAdUu6rws4wNrKpcFo9NE4dfgcJYkLTdEWpZhcdvNdztZd3JBwtUTl
#KEPRIHATINAN JENAZAH BEKAS WARTAWAN SAMBILAN NSTP DIKEBUMIKAN DI TANJONG KARANG Tanjong Karang: Bekas wartawan sambilan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Suzaini Sulaiman, 52, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selamat dikebumikan semalam. Jenazah anak bongsu dari tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Tanjong Karang, di sini, kira-kira 6 petang. Terdahulu, jenazah Allahyarham Suzaini yang tiba dari Hospital Putrajaya disolatkan di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang, 5.15 petang. Kira-kira 300 orang terdiri daripada rakan sekerja, saudara-mara dan sahabat handai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Terdahulu, Allahyarham dikatakan mengalami serangan jantung ketika melakukan latihan kecergasan di sebuah pusat gimnasium di Putrajaya. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya namun disahkan meninggal dunia pada 7.45 malam. Untuk rekod, Allahyarham menyertai NSTP bagi kawasan Kuala Selangor sekitar 2006/2007 sehingga 2018. Beliau kemudian menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor pada Ogos 2017 sebelum bertugas di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1245988/jenazah-bekas-wartawan-sambilan-nstp-dikebumikan-di-tanjong-karang Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMadani #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02uQMoemikdwkLAdUu6rws4wNrKpcFo9NE4dfgcJYkLTdEWpZhcdvNdztZd3JBwtUTl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews