#OPERASI
APM AKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN SUKARELAWAN
Kajang: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengadakan pertemuan dengan sukarelawan agensi itu di peringkat kebangsaan bagi memperkemaskan persiapan serta meningkatkan kemahiran mereka semasa penugasan operasi bencana.
Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, inisiatif itu dirancang berlangsung buat pertama kalinya sama ada di Putrajaya atau Kelantan pada penghujung bulan depan.
"Kami mahu memastikan sukarelawan terbabit dengan penugasan operasi bencana diberi pengetahuan serta meningkatkan kemahiran mereka. Justeru itu, kami perlu memastikan sukarelawan ini mempunyai kemahiran serta dibekalkan dengan peralatan bersesuaian," katanya pada majlis penyerahan bot sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Ibu Pejabat APM, Sungai Merab, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta La Nina, beliau berkata, pihaknya sudah menggerakkan pasukan yang membuat rondaan di lokasi berisiko menerusi Op Ramah.
"Dengan keanggotaan kira-kira 15,000 orang, kami juga bersiapsiaga bagi bencana lain seperti tanah runtuh selain banjir sepanjang musim MTL.
"Pada masa sama, semakan keperluan termasuk dari segi aset dan keanggotaan turut dilakukan dengan latihan menyelamat di air akan diadakan di Kuantan, Pahang pada hujung bulan ini," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa peka dan bersiapsiaga menghadapi banjir mahupun tanah runtuh.
Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1267600/apm-akan-meningkatkan-kemahiran-sukarelawan
Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid027hPmTDHTPgT4BwNvyTtfKgUX5dgUsNa4XtXNXsXNYXodSnoEFyp67RCKBywdmyPgl