#OPERASI

662 WARGA ASING DITAHAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PULAU INDAH

KLANG: Seramai 662 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu di kawasan perindustrian Pulau Indah yang bermula pada 9.30 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

Pengarah JIM Selangor, Khairul Aminus Kamarudin berkata, operasi itu dilakukan di sembilan blok rumah kedai membabitkan lebih 100 premis berdasarkan hasil risikan selama empat bulan.

Operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata, 242 pegawai dan anggota pelbagai agensi terbabit dalam mengepung kawasan berkenaan.

“Dalam pemeriksaan ke atas 1,132 individu, seramai 662 warga asing ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen terdiri daripada 643 lelaki dan 19 perempuan berusia 16 hingga 80 tahun.

“Semua individu ditahan membabitkan warga Indonesia (643), Bangladesh (150), Pakistan (35), Myanmar (36), Nepal (24) dan India (10),” katanya pada sidang media di lokasi operasi.

Menurutnya, semua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk dokumentasi sebelum dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih.

Berita selanjutnya disini:
https://www.buletintv3.my/nasional/662-warga-asing-ditahan-di-kawasan-perindustrian-pulau-indah/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Klang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02f3D9tkwacQeDQnTK7bkwGLS9M4JcfUjLcyLCah6WyTjZDH98L9Fi1cBDJnPW8uPl
#OPERASI 662 WARGA ASING DITAHAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PULAU INDAH KLANG: Seramai 662 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu di kawasan perindustrian Pulau Indah yang bermula pada 9.30 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi. Pengarah JIM Selangor, Khairul Aminus Kamarudin berkata, operasi itu dilakukan di sembilan blok rumah kedai membabitkan lebih 100 premis berdasarkan hasil risikan selama empat bulan. Operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Beliau berkata, 242 pegawai dan anggota pelbagai agensi terbabit dalam mengepung kawasan berkenaan. “Dalam pemeriksaan ke atas 1,132 individu, seramai 662 warga asing ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen terdiri daripada 643 lelaki dan 19 perempuan berusia 16 hingga 80 tahun. “Semua individu ditahan membabitkan warga Indonesia (643), Bangladesh (150), Pakistan (35), Myanmar (36), Nepal (24) dan India (10),” katanya pada sidang media di lokasi operasi. Menurutnya, semua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk dokumentasi sebelum dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih. Berita selanjutnya disini: https://www.buletintv3.my/nasional/662-warga-asing-ditahan-di-kawasan-perindustrian-pulau-indah/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor Angkatan Pertahanan Awam Daerah Klang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02f3D9tkwacQeDQnTK7bkwGLS9M4JcfUjLcyLCah6WyTjZDH98L9Fi1cBDJnPW8uPl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews