#KEPIMPINAN

MAJLIS KUNJUNG KASIH JIRAN SERUMPUN THAILAND – MALAYSIA 2025

Ahad, 21 September 2025 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh ADO Chenea, Mr. Arafat yang mewakili DO Chenea bertempat di Hotel H Elite, Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA bersama YS Kol. (PA) Effendy bin Hj. Ali, Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Lt. Kol. (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin, Pengarah APM Negeri Terengganu, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM serta Pegawai APM.

APM Negeri Kelantan sentiasa mengiktiraf hubungan dua hala ini sebagai landasan penting dalam memperkukuh kerjasama merentas sempadan, khususnya dalam bidang kemanusiaan dan pengurusan bencana. Ikatan kekeluargaan serta persahabatan yang terjalin antara kedua-dua negara merupakan aset berharga yang wajar dipelihara dan diperkukuhkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Yang Terutama Gabenor dan Timbalan Gabenor serta ADO Chenea Mr. Arafat yang mewakili DO Chenea atas penganugerahan ini.

Semoga penganugerahan Sayap Kehormat daripada Raja Thailand bukan sahaja melambangkan pengiktirafan dan penghormatan, malah menjadi simbol kebersamaan, kasih sayang, serta sokongan padu daripada negara Thailand terhadap usaha-usaha kemanusiaan yang dijalankan bersama Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02oMuQEQmyVoAcGmPBj881do1jgMGFuuzHTKdGYqBUkkRq9ESvgmrtawZmAam9QjoUl
#KEPIMPINAN MAJLIS KUNJUNG KASIH JIRAN SERUMPUN THAILAND – MALAYSIA 2025 Ahad, 21 September 2025 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh ADO Chenea, Mr. Arafat yang mewakili DO Chenea bertempat di Hotel H Elite, Kota Bharu, Kelantan. Turut hadir, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA bersama YS Kol. (PA) Effendy bin Hj. Ali, Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Lt. Kol. (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin, Pengarah APM Negeri Terengganu, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM serta Pegawai APM. APM Negeri Kelantan sentiasa mengiktiraf hubungan dua hala ini sebagai landasan penting dalam memperkukuh kerjasama merentas sempadan, khususnya dalam bidang kemanusiaan dan pengurusan bencana. Ikatan kekeluargaan serta persahabatan yang terjalin antara kedua-dua negara merupakan aset berharga yang wajar dipelihara dan diperkukuhkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Yang Terutama Gabenor dan Timbalan Gabenor serta ADO Chenea Mr. Arafat yang mewakili DO Chenea atas penganugerahan ini. Semoga penganugerahan Sayap Kehormat daripada Raja Thailand bukan sahaja melambangkan pengiktirafan dan penghormatan, malah menjadi simbol kebersamaan, kasih sayang, serta sokongan padu daripada negara Thailand terhadap usaha-usaha kemanusiaan yang dijalankan bersama Malaysia. Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02oMuQEQmyVoAcGmPBj881do1jgMGFuuzHTKdGYqBUkkRq9ESvgmrtawZmAam9QjoUl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews