#KEPIMPINAN

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN SEPTEMBER TAHUN 2025

Isnin, 22 September 2025 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya pada pagi tadi.

Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau telah menekankan mengenai pelaksanaan penurunan harga petrol RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter yang akan berkuat kuasa mulai 30 September 2025, khusus untuk warganegara Malaysia. Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat di seluruh negara melalui inisiatif BUDI MADANI RON95.

Subsidi tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan anggota polis dan tentera pada 27 September 2025, diikuti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September 2025, sebelum diperluas kepada semua rakyat pada 30 September 2025. Subsidi RON95 ini akan dinikmati tanpa mengambil kira tahap pendapatan, sebagai bentuk penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sempena sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini telah diterima dengan baik oleh rakyat, peruncit serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), malah turut menjadi contoh rujukan kepada negara-negara jiran.

Majlis tersebut turut dihadiri barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, Wakil penjawat awam serta pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS PPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YS PPj. Bersekutu (PA) Yoon Boon Chew, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Selangor, YS Kol. (PA) Roydee bin Abdul Rahman, Komandan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
APM Negeri Selangor
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02FwWqNVWmo6JpEaD5LMB9HKQKEy7cXzmbgEeAYMywdNWEpaY8XTasgqpmdxmMo63bl
#KEPIMPINAN PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN SEPTEMBER TAHUN 2025 Isnin, 22 September 2025 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya pada pagi tadi. Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau telah menekankan mengenai pelaksanaan penurunan harga petrol RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter yang akan berkuat kuasa mulai 30 September 2025, khusus untuk warganegara Malaysia. Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat di seluruh negara melalui inisiatif BUDI MADANI RON95. Subsidi tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan anggota polis dan tentera pada 27 September 2025, diikuti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September 2025, sebelum diperluas kepada semua rakyat pada 30 September 2025. Subsidi RON95 ini akan dinikmati tanpa mengambil kira tahap pendapatan, sebagai bentuk penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sempena sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini telah diterima dengan baik oleh rakyat, peruncit serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), malah turut menjadi contoh rujukan kepada negara-negara jiran. Majlis tersebut turut dihadiri barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, Wakil penjawat awam serta pelbagai lapisan masyarakat. Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS PPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YS PPj. Bersekutu (PA) Yoon Boon Chew, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Selangor, YS Kol. (PA) Roydee bin Abdul Rahman, Komandan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan APM Negeri Selangor Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02FwWqNVWmo6JpEaD5LMB9HKQKEy7cXzmbgEeAYMywdNWEpaY8XTasgqpmdxmMo63bl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews