#LATIHAN

LATIHAN UNDERWATER SEARCH AND RECOVERY (SALVAGE DIVER)

Sabtu, 20 September 2025 - Sekitar sesi latihan yang melibatkan penyertaan Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) bertempat di Alor Setar, Kedah.

Latihan tersebut telah berlangsung selama 4 hari bermula 17 hingga 20 September 2025 (Rabu hingga Sabtu). Untuk makluman, seramai 6 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut yang yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota APM.

Latihan ini adalah satu bentuk latihan menyelam khas yang memberi tumpuan kepada teknik-teknik menyelamat, pengapungan semula (re-floating), dan pemindahan objek atau kenderaan yang tenggelam di dalam air. Ia sering digunakan oleh pasukan penyelamat (SAR).

PASPA diterapkan dengan teknik dan tatacara mengangkat kenderaan, kontena atau peralatan lain yang karam di dasar sungai, tasik dan laut.

Teknik Salvage pula ialah satu kaedah mengikat objek dengan tali, rantai atau jaring dengan menggunakan lifting bags (beg pengapungan) untuk menaikkan objek yang tenggelam.

Latihan penggunaan tali keselamatan (tether line) dan komunikasi isyarat tangan bawah air dilatih agar pengoperasian dapat dijalankan dengan lancar.

Objektif utama latihan ini adalah memberi kemahiran menyelam yang selamat semasa Operasi Salvage bagi menguasai penggunaan lifting gear dan teknik mengangkat objek tenggelam serta menjamin keselamatan penyelam dan pasukan semasa operasi sebenar.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid029GUTH16PpFia9fqdcHyMGfxDnqoGSJw3yWQ2SF288jp3XGHQiNXto1FZvwaDsqBhl
#LATIHAN LATIHAN UNDERWATER SEARCH AND RECOVERY (SALVAGE DIVER) Sabtu, 20 September 2025 - Sekitar sesi latihan yang melibatkan penyertaan Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) bertempat di Alor Setar, Kedah. Latihan tersebut telah berlangsung selama 4 hari bermula 17 hingga 20 September 2025 (Rabu hingga Sabtu). Untuk makluman, seramai 6 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut yang yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota APM. Latihan ini adalah satu bentuk latihan menyelam khas yang memberi tumpuan kepada teknik-teknik menyelamat, pengapungan semula (re-floating), dan pemindahan objek atau kenderaan yang tenggelam di dalam air. Ia sering digunakan oleh pasukan penyelamat (SAR). PASPA diterapkan dengan teknik dan tatacara mengangkat kenderaan, kontena atau peralatan lain yang karam di dasar sungai, tasik dan laut. Teknik Salvage pula ialah satu kaedah mengikat objek dengan tali, rantai atau jaring dengan menggunakan lifting bags (beg pengapungan) untuk menaikkan objek yang tenggelam. Latihan penggunaan tali keselamatan (tether line) dan komunikasi isyarat tangan bawah air dilatih agar pengoperasian dapat dijalankan dengan lancar. Objektif utama latihan ini adalah memberi kemahiran menyelam yang selamat semasa Operasi Salvage bagi menguasai penggunaan lifting gear dan teknik mengangkat objek tenggelam serta menjamin keselamatan penyelam dan pasukan semasa operasi sebenar. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid029GUTH16PpFia9fqdcHyMGfxDnqoGSJw3yWQ2SF288jp3XGHQiNXto1FZvwaDsqBhl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews