#OPERASI

'900 ANGGOTA APM SABAH SEDIA DIGERAK KE LOKASI BENCANA JIKA PERLU' - KP APM

KAJANG: Seramai 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Sabah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia diatur gerak ke kawasan bencana di negeri itu jika diperlukan.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed, berkata ia susulan keadaan cuaca buruk tidak menentu yang berlarutan di negeri itu.

"Untuk situasi sekarang (jika cuaca buruk), satu hari kita tetapkan untuk tingkatkan kepada 900 orang berbanding keadaan biasa bagi kecemasan MERS999 atau tugasan 24 jam seperti kemalangan yang kita hanya tetapkan 300 anggota saja kebiasaannya.

"Untuk lain-lain tempat pun kita memang sentiasa bersedia, kita ada pasukan (bersedia) 24 jam, 48 jam dan 72 jam," katanya pada sidang media di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi, di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan di Sabah ketika ini makin pulih dengan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 1,136 orang, namun sejumlah laluan masih terputus akibat bencana banjir dan tanah runtuh.

"Di Sabah berbeza kerana yang berlaku kebanyakannya tanah runtuh dan jalan putus (rosak) yang memerlukan agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta yang lain.

"Setakat jam 12 tengah hari ini, di Sabah saja seramai 1,136 mangsa masih berada di PPS dengan kawasan paling ramai iaitu 242 orang di PPS Dewan Masyarakat Papar," katanya.

Berita selanjutnya disini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1448367/900-anggota-apm-sabah-sedia-digerak-ke-lokasi-bencana-jika-perlu-kp

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DnUAdChiyLod5f4nqzrS11BocCRGCG5DsTUSCQCKbEj6pKgqQrVVg2aXGiajm7j3l
#OPERASI '900 ANGGOTA APM SABAH SEDIA DIGERAK KE LOKASI BENCANA JIKA PERLU' - KP APM KAJANG: Seramai 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Sabah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia diatur gerak ke kawasan bencana di negeri itu jika diperlukan. Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed, berkata ia susulan keadaan cuaca buruk tidak menentu yang berlarutan di negeri itu. "Untuk situasi sekarang (jika cuaca buruk), satu hari kita tetapkan untuk tingkatkan kepada 900 orang berbanding keadaan biasa bagi kecemasan MERS999 atau tugasan 24 jam seperti kemalangan yang kita hanya tetapkan 300 anggota saja kebiasaannya. "Untuk lain-lain tempat pun kita memang sentiasa bersedia, kita ada pasukan (bersedia) 24 jam, 48 jam dan 72 jam," katanya pada sidang media di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi, di sini hari ini. Beliau berkata, keadaan di Sabah ketika ini makin pulih dengan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 1,136 orang, namun sejumlah laluan masih terputus akibat bencana banjir dan tanah runtuh. "Di Sabah berbeza kerana yang berlaku kebanyakannya tanah runtuh dan jalan putus (rosak) yang memerlukan agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta yang lain. "Setakat jam 12 tengah hari ini, di Sabah saja seramai 1,136 mangsa masih berada di PPS dengan kawasan paling ramai iaitu 242 orang di PPS Dewan Masyarakat Papar," katanya. Berita selanjutnya disini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1448367/900-anggota-apm-sabah-sedia-digerak-ke-lokasi-bencana-jika-perlu-kp Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DnUAdChiyLod5f4nqzrS11BocCRGCG5DsTUSCQCKbEj6pKgqQrVVg2aXGiajm7j3l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews