#ASPIRASI
APM SASAR 30 PERATUS PENDUDUK ADA ASAS LATIHAN HADAPI BENCANA MENJELANG 2045
KAJANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan sekurang-kurang 30 peratus penduduk di Malaysia mempunyai asas latihan untuk menghadapi bencana dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM, (PA) Datuk Rubiah Wang, berkata ia sejajar dengan visi 'satu rumah, satu responden' menjelang 2045 yang digariskan agensi itu.
Beliau berkata, inisiatif itu membabitkan sukarelawan peringkat akar umbi bagi membolehkan tindakan awal dilakukan sebelum bantuan pihak berkuasa tiba di lokasi bencana.
"Justeru, kita hendak memastikan latihan pada peringkat komuniti diperkasakan lagi. Setakat ini, kita bekerjasama dengan kira-kira 1,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.
Dalam pada itu, Rubiah berkata, ALPHA yang dirasmikan pada 2005 sudah melahirkan seramai 58,038 anggota, penjawat awam dan masyarakat dalam pelbagai bidang berkait kecemasan, keselamatan serta kesiapsiagaan.
Setakat suku kedua tahun ini, beliau berkata, seramai 5.7 juta atau 26.7 peratus penduduk negara ini telah menerima latihan pertahanan awam melalui pelbagai program APM.
Berita selanjutnya disini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1448385/apm-sasar-30-peratus-penduduk-ada-asas-latihan-hadapi-bencana
Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online
Jabatan Perdana Menteri
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid025UCQADnyHx9EaDZdanzh4HEQ7wEpTmjvRA4AP4Z5suuTDeuELjrq9s3ZqxPKznfVl