#ASPIRASI

APM SASAR 1 RUMAH 1 RESPONDEN MENJELANG 2045

Kajang: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyasar sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk di Malaysia mempunyai asas latihan bagi menghadapi bencana dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (PA) Datuk Rubiah Wang berkata, pihaknya mempunyai visi 'Satu rumah, satu responden' menjelang tahun 2045 kelak.

Menurutnya, inisiatif ini melibatkan sukarelawan di peringkat akar umbi bagi membolehkan tindakan awal dilakukan sebelum bantuan pihak berkuasa tiba.

"APM kini perlu menetapkan sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk di Malaysia menjelang 2045 iaitu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

"Kita nak pastikan latihan di peringkat komuniti ini diperkasakan lagi dan kita setakat ini bekerjasama dengan kira-kira 1,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Setakat ini kita bagi kepada JKKK sahaja, tetapi persatuan, pertubuhan di bawah JKKK belum lagi insya-Allah, cara ini masih dalam cadangan kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 penubuhan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.

Rubiah berkata, ALPHA dirasmikan pada 2005 sudah melahirkan 58,038 anggota, penjawat awam dan masyarakat dalam pelbagai bidang berkaitan kecemasan, keselamatan dan kesiapsiagaan.

Katanya, setakat suku kedua tahun ini, seramai 5.7 juta rakyat Malaysia atau 26.7 peratus penduduk menerima latihan pertahanan awam melalui pelbagai program APM.

Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1266122/apm-sasar-1-rumah-1-responden-menjelang-2045

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0K8r1TeCUfuWmkPremrQy6jZEtgmKiiE7P3j628pMyLLkdVemWEpkrj4tAfnyGLwXl
#ASPIRASI APM SASAR 1 RUMAH 1 RESPONDEN MENJELANG 2045 Kajang: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyasar sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk di Malaysia mempunyai asas latihan bagi menghadapi bencana dalam tempoh 20 tahun akan datang. Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (PA) Datuk Rubiah Wang berkata, pihaknya mempunyai visi 'Satu rumah, satu responden' menjelang tahun 2045 kelak. Menurutnya, inisiatif ini melibatkan sukarelawan di peringkat akar umbi bagi membolehkan tindakan awal dilakukan sebelum bantuan pihak berkuasa tiba. "APM kini perlu menetapkan sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk di Malaysia menjelang 2045 iaitu dalam tempoh 20 tahun akan datang. "Kita nak pastikan latihan di peringkat komuniti ini diperkasakan lagi dan kita setakat ini bekerjasama dengan kira-kira 1,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). "Setakat ini kita bagi kepada JKKK sahaja, tetapi persatuan, pertubuhan di bawah JKKK belum lagi insya-Allah, cara ini masih dalam cadangan kita," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 penubuhan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed. Rubiah berkata, ALPHA dirasmikan pada 2005 sudah melahirkan 58,038 anggota, penjawat awam dan masyarakat dalam pelbagai bidang berkaitan kecemasan, keselamatan dan kesiapsiagaan. Katanya, setakat suku kedua tahun ini, seramai 5.7 juta rakyat Malaysia atau 26.7 peratus penduduk menerima latihan pertahanan awam melalui pelbagai program APM. Berita selanjutnya disini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1266122/apm-sasar-1-rumah-1-responden-menjelang-2045 Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0K8r1TeCUfuWmkPremrQy6jZEtgmKiiE7P3j628pMyLLkdVemWEpkrj4tAfnyGLwXl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews