#ASPIRASI

APM SIAP SIAGA HADAPI LURUAN ANGIN, TUMPU PANTAU PERKAMPUNGAN TEPI LAUT

SANDAKAN, 19 Sept (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan berlaku luruan angin di kawasan pantai timur Sabah.

Pegawai APM Sandakan Kapt. (PA) Sulaiman Salama berkata tumpuan pemantauan akan dilakukan di kawasan pesisir pantai dan perkampungan di tepi laut sekiranya berlaku luruan angin.

“Kami sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku dalam tempoh beberapa hari ini seperti yang diramalkan.

“Jika dilihat semalam, hujan tapi dalam tempoh yang singkat dan tidak diikuti dengan angin kencang. Bagaimanapun, kami perlu berwaspada dan bersedia,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua pihak bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlaku luruan angin ke pantai timur Sabah terutama daerah Sandakan dan Lahad Datu, selepas melanda pantai barat.

Sulaiman turut mengingatkan penduduk yang tinggal di pesisir pantai serta tepi laut agar cakna dengan perubahan cuaca yang berlaku, dan jika perlu berpindah, maklumkan kepada pihak berkuasa dengan segera bagi mengelakkan berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee turut menasihatkan penduduk yang tinggal di tepi laut terutama di Kampung Sim Sim, Kampung Forest dan Kampung Mangkalinau agar sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku luruan angin.

“Saya ingin menasihatkan penduduk Sandakan supaya berjaga-jaga dan lakukan penyelenggaraan pada zink-zink yang telah lama dengan menambah paku agar zink lebih kukuh.

Berita selanjutnya disini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2469139

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0z6Wf53RHZeJX1D6MX2VzKTq4k7R5KE8QMD6qfUbktbFjhp8kSEJZcyg7ag14LLURl
#ASPIRASI APM SIAP SIAGA HADAPI LURUAN ANGIN, TUMPU PANTAU PERKAMPUNGAN TEPI LAUT SANDAKAN, 19 Sept (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan berlaku luruan angin di kawasan pantai timur Sabah. Pegawai APM Sandakan Kapt. (PA) Sulaiman Salama berkata tumpuan pemantauan akan dilakukan di kawasan pesisir pantai dan perkampungan di tepi laut sekiranya berlaku luruan angin. “Kami sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku dalam tempoh beberapa hari ini seperti yang diramalkan. “Jika dilihat semalam, hujan tapi dalam tempoh yang singkat dan tidak diikuti dengan angin kencang. Bagaimanapun, kami perlu berwaspada dan bersedia,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua pihak bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlaku luruan angin ke pantai timur Sabah terutama daerah Sandakan dan Lahad Datu, selepas melanda pantai barat. Sulaiman turut mengingatkan penduduk yang tinggal di pesisir pantai serta tepi laut agar cakna dengan perubahan cuaca yang berlaku, dan jika perlu berpindah, maklumkan kepada pihak berkuasa dengan segera bagi mengelakkan berlaku sebarang insiden tidak diingini. Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee turut menasihatkan penduduk yang tinggal di tepi laut terutama di Kampung Sim Sim, Kampung Forest dan Kampung Mangkalinau agar sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku luruan angin. “Saya ingin menasihatkan penduduk Sandakan supaya berjaga-jaga dan lakukan penyelenggaraan pada zink-zink yang telah lama dengan menambah paku agar zink lebih kukuh. Berita selanjutnya disini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2469139 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0z6Wf53RHZeJX1D6MX2VzKTq4k7R5KE8QMD6qfUbktbFjhp8kSEJZcyg7ag14LLURl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews