#LATIHAN

16 AGENSI DI KL TERLIBAT SIMULASI BENCANA TANAH RUNTUH SEBAGAI PERSEDIAAN

KUALA LUMPUR – Simulasi tanah runtuh siri 1/2025 yang dilaksanakan dekat kawasan berbukit di Wangsa Maju di sini berjalan dengan baik sebagai persediaan menghadapi bencana yang sama sekitar ibu negara.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Khalid Saion berkata, sebanyak 16 agensi terlibat dalam simulasi itu dan berharap latihan tersebut akan dipraktikkan apabila berlaku bencana sebenar.

Antara agensi terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ; Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Simulasi ini turut diadakan bertujuan menguji kesiap siagaan semua agensi termasuk daripada segi pergerakan logistik. Logistik apa yang kita atur gerak apabila berlaku sesuatu bencana.

“Kawasan berbukit ini juga dipilih sebagai lokasi simulasi memandangkan pernah berlaku tanah runtuh pada tahun lalu,” katanya ketika ditemui di kawasan berbukit bertentangan Fairview International School, Seksyen 6, Wangsa Maju hari ini.

Terdahulu, katanya, simulasi itu bermula pukul 8 pagi diketuai Polis Kuala Lumpur dengan disertai seramai 500 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi terlibat.

“Berdasarkan latihan itu, kita dapati masa yang diambil selepas sesuatu bencana dilaporkan telah menerima respon pantas semua pihak.

“Semua jabatan apabila dihubungi menerusi talian kecemasan di balai dan MERS 999 telah hadir ke lokasi dengan kadar masa yang cepat,” jelasnya.

Pada masa sama, Khalid turut menasihati orang ramai terutamanya pendaki-pendaki kawasan berbukit agar sentiasa cakna dengan keadaan cuaca semasa terutama ketika hujan atau ribut petir. – MalaysiaGazette

Berita selanjutnya disini:
https://malaysiagazette.com/2025/09/18/16-agensi-di-kl-terlibat-simulasi-bencana-tanah-runtuh-sebagai-persediaan/?fbclid=Iwb21leAM5yC1leHRuA2FlbQIxMQABHvo4c28xc21uHdSAIvJofYcjJTk5rJ4Pqj8A-G64iPAx8F4FfKFNWLqay7ra_aem_dtgYV8UVXYelip2LC7YFYA

Dipetik daripada akhbar:
Malaysia Gazette

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0HwVoNwwb9z627qpiMP2vHr1amMiLWEV1WjxX69wgVZqZuDr1BGGJM2Q7R5k2hSKGl
#LATIHAN 16 AGENSI DI KL TERLIBAT SIMULASI BENCANA TANAH RUNTUH SEBAGAI PERSEDIAAN KUALA LUMPUR – Simulasi tanah runtuh siri 1/2025 yang dilaksanakan dekat kawasan berbukit di Wangsa Maju di sini berjalan dengan baik sebagai persediaan menghadapi bencana yang sama sekitar ibu negara. Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Khalid Saion berkata, sebanyak 16 agensi terlibat dalam simulasi itu dan berharap latihan tersebut akan dipraktikkan apabila berlaku bencana sebenar. Antara agensi terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ; Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Simulasi ini turut diadakan bertujuan menguji kesiap siagaan semua agensi termasuk daripada segi pergerakan logistik. Logistik apa yang kita atur gerak apabila berlaku sesuatu bencana. “Kawasan berbukit ini juga dipilih sebagai lokasi simulasi memandangkan pernah berlaku tanah runtuh pada tahun lalu,” katanya ketika ditemui di kawasan berbukit bertentangan Fairview International School, Seksyen 6, Wangsa Maju hari ini. Terdahulu, katanya, simulasi itu bermula pukul 8 pagi diketuai Polis Kuala Lumpur dengan disertai seramai 500 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi terlibat. “Berdasarkan latihan itu, kita dapati masa yang diambil selepas sesuatu bencana dilaporkan telah menerima respon pantas semua pihak. “Semua jabatan apabila dihubungi menerusi talian kecemasan di balai dan MERS 999 telah hadir ke lokasi dengan kadar masa yang cepat,” jelasnya. Pada masa sama, Khalid turut menasihati orang ramai terutamanya pendaki-pendaki kawasan berbukit agar sentiasa cakna dengan keadaan cuaca semasa terutama ketika hujan atau ribut petir. – MalaysiaGazette Berita selanjutnya disini: https://malaysiagazette.com/2025/09/18/16-agensi-di-kl-terlibat-simulasi-bencana-tanah-runtuh-sebagai-persediaan/?fbclid=Iwb21leAM5yC1leHRuA2FlbQIxMQABHvo4c28xc21uHdSAIvJofYcjJTk5rJ4Pqj8A-G64iPAx8F4FfKFNWLqay7ra_aem_dtgYV8UVXYelip2LC7YFYA Dipetik daripada akhbar: Malaysia Gazette Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0HwVoNwwb9z627qpiMP2vHr1amMiLWEV1WjxX69wgVZqZuDr1BGGJM2Q7R5k2hSKGl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews