#LATIHAN

SIMULASI BENCANA TANAH RUNTUH ARAHAN NADMA NO.1 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2025

Khamis, 18 September 2025 - Sekitar sesi latihan yang melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bertempat di kawasan berbukit bertentangan Fairview International School, Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Latihan kali ini turut melibatkan penyertaan seramai 296 orang Pegawai dan Anggota daripada pelbagai agensi pengurusan bencana di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan sebagainya.

Wakil Pengerusi JPBD adalah Tuan Md. Aznan bin Md. Zaini daripada Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dikoordinasikan bersama APM yang diketuai oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kuala Lumpur, Mej. (PA) Mohamad Aminullah bin Zulkafly selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah.

Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam latihan simulasi adalah seramai 31 orang dewasa. Daripada jumlah tersebut, 25 orang mengalami kecederaan yang terdiri daripada 19 orang lelaki dewasa dan 6 orang perempuan dewasa, manakala seorang mangsa perempuan dewasa dilaporkan selamat. Selain itu, 5 orang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia dalam senario simulasi berkenaan.

Penganjuran simulasi ini bukan sahaja menguji tahap kesiapsiagaan, malah turut memperkukuh koordinasi serta kerjasama antara agensi bagi memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan ketika berlakunya bencana sebenar. Melalui program ini juga, para peserta dapat meningkatkan kemahiran, berkongsi kepakaran serta memahami dengan lebih jelas peranan masing-masing dalam pengurusan bencana.

Diharapkan latihan ini menjadi landasan untuk memperkukuh kerjasama berterusan antara agensi, seterusnya memberi jaminan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yA1u3uokJqxWJEb7kCJz8firXAreQTFEW9oXz1fsSXbWSNKKDGD1gyiZQom8P2cCl
#LATIHAN SIMULASI BENCANA TANAH RUNTUH ARAHAN NADMA NO.1 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2025 Khamis, 18 September 2025 - Sekitar sesi latihan yang melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bertempat di kawasan berbukit bertentangan Fairview International School, Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Latihan kali ini turut melibatkan penyertaan seramai 296 orang Pegawai dan Anggota daripada pelbagai agensi pengurusan bencana di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan sebagainya. Wakil Pengerusi JPBD adalah Tuan Md. Aznan bin Md. Zaini daripada Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dikoordinasikan bersama APM yang diketuai oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kuala Lumpur, Mej. (PA) Mohamad Aminullah bin Zulkafly selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah. Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam latihan simulasi adalah seramai 31 orang dewasa. Daripada jumlah tersebut, 25 orang mengalami kecederaan yang terdiri daripada 19 orang lelaki dewasa dan 6 orang perempuan dewasa, manakala seorang mangsa perempuan dewasa dilaporkan selamat. Selain itu, 5 orang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia dalam senario simulasi berkenaan. Penganjuran simulasi ini bukan sahaja menguji tahap kesiapsiagaan, malah turut memperkukuh koordinasi serta kerjasama antara agensi bagi memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan ketika berlakunya bencana sebenar. Melalui program ini juga, para peserta dapat meningkatkan kemahiran, berkongsi kepakaran serta memahami dengan lebih jelas peranan masing-masing dalam pengurusan bencana. Diharapkan latihan ini menjadi landasan untuk memperkukuh kerjasama berterusan antara agensi, seterusnya memberi jaminan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yA1u3uokJqxWJEb7kCJz8firXAreQTFEW9oXz1fsSXbWSNKKDGD1gyiZQom8P2cCl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews