#OPERASI

LEBIH 50 RUMAH TERJEJAS AKIBAT BANJIR KILAT DI GUAR PERAHU

BUKIT MERTAJAM - Lebih 50 rumah di beberapa kawasan perumahan di sekitar Guar Perahu, di sini, terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat lebih sejam petang tadi.

Bagaimanapun, setakat 8.45 malam ini, tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat hujan lebat bermula jam 4.30 petang itu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seberang Perai Tengah, Kapt. (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6 petang.

"Lebih 50 rumah di Taman Guar Perahu Indah, Taman Guar Perahu dan Padang Temusu dilanda banjir kilat dengan air dan selut memasuki rumah hingga paras 0.5 meter.

"Tiga kereta turut terperangkap dan pihak APM sedang menjalankan pemantauan bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, pihak APM akan mengambil langkah memindahkan penduduk sekiranya situasi semakin buruk dan penduduk diminta menghubungi pasukan penyelamat jika berlaku kecemasan. - Bernama

Berita selanjutnya disini:
https://www.sinarharian.com.my/article/748269/edisi/utara/lebih-50-rumah-terjejas-akibat-banjir-kilat-di-guar-perahu

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid08Q8TGo4TGQoCE4ukbeqaTZRScLpggfYS2rJLJr6hVwWrY1W77XehurP5bVHfqkLyl
#OPERASI LEBIH 50 RUMAH TERJEJAS AKIBAT BANJIR KILAT DI GUAR PERAHU BUKIT MERTAJAM - Lebih 50 rumah di beberapa kawasan perumahan di sekitar Guar Perahu, di sini, terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat lebih sejam petang tadi. Bagaimanapun, setakat 8.45 malam ini, tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat hujan lebat bermula jam 4.30 petang itu. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seberang Perai Tengah, Kapt. (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6 petang. "Lebih 50 rumah di Taman Guar Perahu Indah, Taman Guar Perahu dan Padang Temusu dilanda banjir kilat dengan air dan selut memasuki rumah hingga paras 0.5 meter. "Tiga kereta turut terperangkap dan pihak APM sedang menjalankan pemantauan bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. Beliau berkata, pihak APM akan mengambil langkah memindahkan penduduk sekiranya situasi semakin buruk dan penduduk diminta menghubungi pasukan penyelamat jika berlaku kecemasan. - Bernama Berita selanjutnya disini: https://www.sinarharian.com.my/article/748269/edisi/utara/lebih-50-rumah-terjejas-akibat-banjir-kilat-di-guar-perahu Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid08Q8TGo4TGQoCE4ukbeqaTZRScLpggfYS2rJLJr6hVwWrY1W77XehurP5bVHfqkLyl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews