#OPERASI

PASPA PANTAU PERGERAKAN TANAH, BATU DI LERENG KAWASAN RUNTUHAN KUARI

RAUB: Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) ditugaskan memantau pergerakan struktur di kawasan runtuhan lereng kuari di Uli Gali, di sini, bagi memastikan keselamatan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemandu jentera pengorek tertimbus batu.

Pengarah Pertahanan Awam Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, pasukan itu melakukan pemantauan menggunakan ‘leader senty’ dan peralatan itu mampu mengesan pergerakan struktur tanah dan batu di kawasan runtuh.

Menurutnya, peralatan itu dikendalikan dua pegawai PASPA dari Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan mereka berada di lokasi kejadian sejak semalam.

Katanya, tindakan itu dilakukan susulan pasukan SAR berdepan ancaman runtuhan susulan.

“Kawasan operasi itu amat berisiko dan pelbagai kemungkinan termasuk runtuhan susulan boleh berlaku.

“Alat sokongan bantuan ‘leader senty’ digunakan itu berfungsi mengesan struktur-struktur berkemungkinan berlaku pergerakan tanah atau batu.

“Jika dikesan wujud pergerakan tanah atau batu pasukan penyelamat akan dinasihatkan tidak memasuki lokasi pencarian,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari kelmarin, mangsa Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dilaporkan tertimbus akibat runtuhan tebing kuari batu.

Kejadian itu turut menyebabkan tiga warga asing pekerja kuari berkenaan tercedera.

Lebih 70 anggota bomba, polis serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Khidmat dua anjing pengesan K9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digunakan membantu mengesan mangsa.

Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1264327/paspa-pantau-pergerakan-tanah-dan-batu-di-lereng-kawasan-runtuhan-kuari

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Pahang
Apm Raub Pahang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02i7KL9wBSSKSPebDWkcp4Ng5rcS4BN4SDbW4TbHAxRrvrh391GABntDLgYzMPq5xdl
#OPERASI PASPA PANTAU PERGERAKAN TANAH, BATU DI LERENG KAWASAN RUNTUHAN KUARI RAUB: Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) ditugaskan memantau pergerakan struktur di kawasan runtuhan lereng kuari di Uli Gali, di sini, bagi memastikan keselamatan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemandu jentera pengorek tertimbus batu. Pengarah Pertahanan Awam Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, pasukan itu melakukan pemantauan menggunakan ‘leader senty’ dan peralatan itu mampu mengesan pergerakan struktur tanah dan batu di kawasan runtuh. Menurutnya, peralatan itu dikendalikan dua pegawai PASPA dari Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan mereka berada di lokasi kejadian sejak semalam. Katanya, tindakan itu dilakukan susulan pasukan SAR berdepan ancaman runtuhan susulan. “Kawasan operasi itu amat berisiko dan pelbagai kemungkinan termasuk runtuhan susulan boleh berlaku. “Alat sokongan bantuan ‘leader senty’ digunakan itu berfungsi mengesan struktur-struktur berkemungkinan berlaku pergerakan tanah atau batu. “Jika dikesan wujud pergerakan tanah atau batu pasukan penyelamat akan dinasihatkan tidak memasuki lokasi pencarian,” katanya ketika dihubungi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari kelmarin, mangsa Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dilaporkan tertimbus akibat runtuhan tebing kuari batu. Kejadian itu turut menyebabkan tiga warga asing pekerja kuari berkenaan tercedera. Lebih 70 anggota bomba, polis serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat itu. Khidmat dua anjing pengesan K9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digunakan membantu mengesan mangsa. Berita selanjutnya disini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1264327/paspa-pantau-pergerakan-tanah-dan-batu-di-lereng-kawasan-runtuhan-kuari Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Pahang Apm Raub Pahang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02i7KL9wBSSKSPebDWkcp4Ng5rcS4BN4SDbW4TbHAxRrvrh391GABntDLgYzMPq5xdl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews