#KEPIMPINAN

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN LATIHAN BERSEPADU KEMAHIRAN PERTAHANAN AWAM DAN SUKAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (SUPAM) TAHUN 2025

Isnin, 08 September 2025 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yoew, Ketua Menteri Pulau Pinang bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang.

Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah APM Negeri dan Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM serta Pegawai dan Anggota APM.

Kehadiran seramai lebih 1,400 penyertaan daripada 17 kontinjen seluruh negara yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota APM telah menyertai program ini.

Program ini merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KERAP) APM sebagai urus setia induk menerusi penglibatan seluruh warga APM seluruh Malaysia. Pelaksanaan program ini amat penting dalam usaha memastikan aspek kecergasan dan ketahanan fizikal dan mental semua warga APM berada pada tahap yang terbaik.

Pelbagai acara akan dipertandingkan dalam program ini seperti CD Skills, boat race, badminton, tarik tali, ping pong, bola sepak, bola tampar, bola jaring dan balapan bagi merebut kemenangan 78 pingat.

Program ini juga menjadi satu medium untuk mengeratkan silaturrahim antara warga APM keseluruhannya. Pemilihan acara yang melibatkan keterlibatan semua pihak menjadi keutamaan dalam usaha memastikan semua warga KERAP aktif cergas sepanjang masa.

Penganjuran pertandingan ini seiring dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang menekankan agenda pembangunan sosioekonomi rakyat, peningkatan taraf hidup serta pengukuhan peranan agensi tempatan dalam memperkasa modal insan. Hal ini turut mendukung gagasan Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, daya cipta dan ketahanan masyarakat.

Untuk makluman, program ini berlangsung selama 4 hari bermula 08 hingga 11 September 2025 (Isnin hingga Khamis).

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0C2U6Z8gPJiCmRA8u4GxzADpMNr8m8AwAZPDPURrbMmkbCofZsJLyac1x15sVuhEUl
#KEPIMPINAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN LATIHAN BERSEPADU KEMAHIRAN PERTAHANAN AWAM DAN SUKAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (SUPAM) TAHUN 2025 Isnin, 08 September 2025 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yoew, Ketua Menteri Pulau Pinang bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang. Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah APM Negeri dan Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM serta Pegawai dan Anggota APM. Kehadiran seramai lebih 1,400 penyertaan daripada 17 kontinjen seluruh negara yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota APM telah menyertai program ini. Program ini merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KERAP) APM sebagai urus setia induk menerusi penglibatan seluruh warga APM seluruh Malaysia. Pelaksanaan program ini amat penting dalam usaha memastikan aspek kecergasan dan ketahanan fizikal dan mental semua warga APM berada pada tahap yang terbaik. Pelbagai acara akan dipertandingkan dalam program ini seperti CD Skills, boat race, badminton, tarik tali, ping pong, bola sepak, bola tampar, bola jaring dan balapan bagi merebut kemenangan 78 pingat. Program ini juga menjadi satu medium untuk mengeratkan silaturrahim antara warga APM keseluruhannya. Pemilihan acara yang melibatkan keterlibatan semua pihak menjadi keutamaan dalam usaha memastikan semua warga KERAP aktif cergas sepanjang masa. Penganjuran pertandingan ini seiring dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang menekankan agenda pembangunan sosioekonomi rakyat, peningkatan taraf hidup serta pengukuhan peranan agensi tempatan dalam memperkasa modal insan. Hal ini turut mendukung gagasan Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, daya cipta dan ketahanan masyarakat. Untuk makluman, program ini berlangsung selama 4 hari bermula 08 hingga 11 September 2025 (Isnin hingga Khamis). Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0C2U6Z8gPJiCmRA8u4GxzADpMNr8m8AwAZPDPURrbMmkbCofZsJLyac1x15sVuhEUl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews