#ASPIRASI

SUPAM TINGKAT KEMAHIRAN SEMARAK SEMANGAT BERPASUKAN

GEORGE TOWN – Lebih 1,400 anggota daripada 17 kontinjen termasuk dari negeri Sabah dan Sarawak menyertai acara perbarisan sempena Majlis Pembukaan Latihan Bersepadu Kemahiran Pertahanan Awam Dan Sukan Pertahanan Awam (SUPAM) di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Semasa merasmikan acara pembukaan, Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa insiatif Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menganjurkan program dwitahunan tersebut diharap dapat meningkatkan kemahiran serta menyemarak semangat berpasukan dalam kalangan para anggota agensi berkenaan.

“Penganjuran latihan bersepadu ini adalah medan penting untuk menguji kecekapan, ketahanan fizikal dan kekuatan mental anggota APM.

“Pada masa sama, ia juga bagi memperkukuh kerjasama erat antara semua peringkat serta turut mengasah ketangkasan kita untuk bertindak balas terhadap cabaran semasa, terutama dalam menghadapi bencana yang semakin kompleks,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan pada majlis berkaitan di sini.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim yang juga ADUN Sungai Pinang; Ketua Pesuruhjaya APM, YAS Datuk Aminurrahim Mohamed dan Timbalan Pesuruhjaya Bersekutu (PA), Dato’ Ismail Mohd. Zawawi turut sertai acara tersebut.

Di samping itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi menganggap pendekatan APM menganjurkan latihan kemahiran secara bersepadu tersebut adalah seiring dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang menekankan agenda pembangunan sosioekonomi rakyat, peningkatan taraf hidup serta pengukuhan peranan agensi tempatan dalam memperkasa modal insan.

Berita selanjutnya disini:
https://www.buletinmutiara.com/supam-tingkat-kemahiran-semarak-semangat-berpasukan/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin Mutiara

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KhAsJQhc33Pc3HNyTw5pF8665ZsnrumJ82T3xz8yUKQtkRjprs2jTChw51TyfUsUl
#ASPIRASI SUPAM TINGKAT KEMAHIRAN SEMARAK SEMANGAT BERPASUKAN GEORGE TOWN – Lebih 1,400 anggota daripada 17 kontinjen termasuk dari negeri Sabah dan Sarawak menyertai acara perbarisan sempena Majlis Pembukaan Latihan Bersepadu Kemahiran Pertahanan Awam Dan Sukan Pertahanan Awam (SUPAM) di Stadium Bandaraya sebentar tadi. Semasa merasmikan acara pembukaan, Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa insiatif Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menganjurkan program dwitahunan tersebut diharap dapat meningkatkan kemahiran serta menyemarak semangat berpasukan dalam kalangan para anggota agensi berkenaan. “Penganjuran latihan bersepadu ini adalah medan penting untuk menguji kecekapan, ketahanan fizikal dan kekuatan mental anggota APM. “Pada masa sama, ia juga bagi memperkukuh kerjasama erat antara semua peringkat serta turut mengasah ketangkasan kita untuk bertindak balas terhadap cabaran semasa, terutama dalam menghadapi bencana yang semakin kompleks,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan pada majlis berkaitan di sini. Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim yang juga ADUN Sungai Pinang; Ketua Pesuruhjaya APM, YAS Datuk Aminurrahim Mohamed dan Timbalan Pesuruhjaya Bersekutu (PA), Dato’ Ismail Mohd. Zawawi turut sertai acara tersebut. Di samping itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi menganggap pendekatan APM menganjurkan latihan kemahiran secara bersepadu tersebut adalah seiring dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang menekankan agenda pembangunan sosioekonomi rakyat, peningkatan taraf hidup serta pengukuhan peranan agensi tempatan dalam memperkasa modal insan. Berita selanjutnya disini: https://www.buletinmutiara.com/supam-tingkat-kemahiran-semarak-semangat-berpasukan/ Dipetik daripada akhbar: Buletin Mutiara Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KhAsJQhc33Pc3HNyTw5pF8665ZsnrumJ82T3xz8yUKQtkRjprs2jTChw51TyfUsUl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews