#ASPIRASI

JASA LUAR BIASA SYAFIQ

Kuching: Kisah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanafiah, 34, yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan orang lain, cukup menyentuh hati apabila badannya melecur antara 75 hingga 80 peratus dalam kejadian yang berlaku dua tahun lalu.

Insiden tragis pada 28 Ogos 2023 itu berlaku ketika Mohamad Syafiq yang dalam perjalanan pulang dari mengajar mengaji al-Quran di masjid di RPR Batu Kawa di sini.

Ketika itu, beliau terdengar jeritan meminta tolong dari sebuah rumah yang sedang terbakar dan tanpa memikirkan keselamatan diri, dengan hanya berbekalkan sehelai sejadah untuk melindungi diri, beliau nekad menyerbu masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan penghuni yang terperangkap.

Namun malangnya beliau terkena renjatan elektrik menyebabkannya pengsan di dalam rumah sedang terbakar itu dan mangsa yang cuba diselamatkannya, Zayyan Nazeem Zainal Abidin, 6, ditemui rentung dalam kejadian kebakaran jam 1 tengah hari yang membabitkan lima rumah.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, yang melawat Mohamad Syafiq di kediamannya di PPR Landeh di sini, kagum dengan semangat dan pengorbanan luar biasa ditunjukkan anak muda itu.

"Mohamad Syafiq adalah wira tak didendang kerana beliau sanggup mengorbankan masa depan demi membantu orang lain," katanya yang turut disertai Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Ehfa Bujang Safawi dalam lawatan itu.

Berita selanjutnya disini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1258597/jasa-luar-biasa-syafiq

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Kuching

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0fFRm9Jdwg3zqQRJgxRHByNVddzj61y2jzPZoohGreDF3oSJo5j4JMvBXxsduUiqjl
#ASPIRASI JASA LUAR BIASA SYAFIQ Kuching: Kisah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanafiah, 34, yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan orang lain, cukup menyentuh hati apabila badannya melecur antara 75 hingga 80 peratus dalam kejadian yang berlaku dua tahun lalu. Insiden tragis pada 28 Ogos 2023 itu berlaku ketika Mohamad Syafiq yang dalam perjalanan pulang dari mengajar mengaji al-Quran di masjid di RPR Batu Kawa di sini. Ketika itu, beliau terdengar jeritan meminta tolong dari sebuah rumah yang sedang terbakar dan tanpa memikirkan keselamatan diri, dengan hanya berbekalkan sehelai sejadah untuk melindungi diri, beliau nekad menyerbu masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan penghuni yang terperangkap. Namun malangnya beliau terkena renjatan elektrik menyebabkannya pengsan di dalam rumah sedang terbakar itu dan mangsa yang cuba diselamatkannya, Zayyan Nazeem Zainal Abidin, 6, ditemui rentung dalam kejadian kebakaran jam 1 tengah hari yang membabitkan lima rumah. Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, yang melawat Mohamad Syafiq di kediamannya di PPR Landeh di sini, kagum dengan semangat dan pengorbanan luar biasa ditunjukkan anak muda itu. "Mohamad Syafiq adalah wira tak didendang kerana beliau sanggup mengorbankan masa depan demi membantu orang lain," katanya yang turut disertai Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Ehfa Bujang Safawi dalam lawatan itu. Berita selanjutnya disini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1258597/jasa-luar-biasa-syafiq Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Kuching #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0fFRm9Jdwg3zqQRJgxRHByNVddzj61y2jzPZoohGreDF3oSJo5j4JMvBXxsduUiqjl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews