#LAWATAN

Selasa | 07 Julai 2026 | Felda Bukit Batu, Kulai

LAWATAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) KE FELDA BUKIT BATU, KULAI

Satu lawatan oleh JPBN Johor telah diadakan ke Felda Bukit Batu, Kulai berikutan kejadian ribut yang melanda pada 05 Julai yang lalu. JPBN dihadiri oleh Wakil Pejabat TSUK (Pengurusan), Pejabat Daerah Kulai, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor diwakili oleh Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, Timbalan Pengarah serta Lt. (PA) Wan Sarefah binti Satam, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulai.

Ahli Jawatankuasa telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah mangsa yang terjejas bagi meninjau keadaan semasa serta menilai tahap kerosakan yang dialami.

Hasil tinjauan mendapati beberapa premis awam dan kediaman telah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut tersebut, melibatkan:

* Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
* Balai Raya Felda Bukit Batu
* Sekolah Agama Felda Bukit Batu
* Tadika KEMAS
* 25 buah rumah penduduk
* Masjid
* Sebuah kedai makan

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar mengenai impak kejadian di lokasi, di samping menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa sentiasa diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan dengan segera.

©️ Media APM Johor

@jabatanperdanamenteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid0KVbXdPEkuEm2Bw9MmtHG6FSy2MDxkXL8g7YYNV88WaF97teSBPwbavX5UVckx8eKl
#LAWATAN Selasa | 07 Julai 2026 | Felda Bukit Batu, Kulai LAWATAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) KE FELDA BUKIT BATU, KULAI Satu lawatan oleh JPBN Johor telah diadakan ke Felda Bukit Batu, Kulai berikutan kejadian ribut yang melanda pada 05 Julai yang lalu. JPBN dihadiri oleh Wakil Pejabat TSUK (Pengurusan), Pejabat Daerah Kulai, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor diwakili oleh Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, Timbalan Pengarah serta Lt. (PA) Wan Sarefah binti Satam, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulai. Ahli Jawatankuasa telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah mangsa yang terjejas bagi meninjau keadaan semasa serta menilai tahap kerosakan yang dialami. Hasil tinjauan mendapati beberapa premis awam dan kediaman telah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut tersebut, melibatkan: * Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) * Balai Raya Felda Bukit Batu * Sekolah Agama Felda Bukit Batu * Tadika KEMAS * 25 buah rumah penduduk * Masjid * Sebuah kedai makan Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar mengenai impak kejadian di lokasi, di samping menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa sentiasa diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan dengan segera. ©️ Media APM Johor @jabatanperdanamenteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid0KVbXdPEkuEm2Bw9MmtHG6FSy2MDxkXL8g7YYNV88WaF97teSBPwbavX5UVckx8eKl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews