#KEPIMPINAN

Rabu | 24 Jun 2026 | Dewan Gerakan, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) JOHOR BIL. 2 TAHUN 2026 (PERSEDIAAN MONSUN BARAT DAYA)

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) bagi membincangkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam persediaan menghadapi Monsun Barat Daya serta sebarang kemungkinan bencana yang boleh berlaku di negeri Johor.

Turut hadir, YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor dan Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, Timbalan Pengarah APM Negeri Johor bersama wakil-wakil daripada jabatan dan agensi yang terlibat dalam jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras tindakan, memperkukuhkan kerjasama antara agensi serta menilai tahap kesiapsiagaan aset, logistik dan sumber manusia dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan. Perbincangan turut memberi penekanan kepada aspek pemantauan cuaca, penyampaian maklumat awal, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta langkah-langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Melalui pendekatan bersepadu dan komitmen semua pihak, pengurusan bencana negeri dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan teratur selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

©️ Media APM Johor

@jabatanperdanamenteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid0Yq2EegGfcWoWMZ5ZkoP6bzra6RE5QcoTy5PxihdSRWfDJmsvfCQpFRjArNQ53b5il
#KEPIMPINAN Rabu | 24 Jun 2026 | Dewan Gerakan, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) JOHOR BIL. 2 TAHUN 2026 (PERSEDIAAN MONSUN BARAT DAYA) Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) bagi membincangkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam persediaan menghadapi Monsun Barat Daya serta sebarang kemungkinan bencana yang boleh berlaku di negeri Johor. Turut hadir, YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor dan Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, Timbalan Pengarah APM Negeri Johor bersama wakil-wakil daripada jabatan dan agensi yang terlibat dalam jawatankuasa pengurusan bencana negeri. Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras tindakan, memperkukuhkan kerjasama antara agensi serta menilai tahap kesiapsiagaan aset, logistik dan sumber manusia dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan. Perbincangan turut memberi penekanan kepada aspek pemantauan cuaca, penyampaian maklumat awal, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta langkah-langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Melalui pendekatan bersepadu dan komitmen semua pihak, pengurusan bencana negeri dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan teratur selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana. ©️ Media APM Johor @jabatanperdanamenteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid0Yq2EegGfcWoWMZ5ZkoP6bzra6RE5QcoTy5PxihdSRWfDJmsvfCQpFRjArNQ53b5il
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews