#ASPIRASI

'OYEN' MANJA JADI TARIKAN, BAWA MESEJ APM

Kuala Lumpur: Jika pasukan lain membawa anjing terlatih namun Angkatan Pertahanan Awam (APM) memilih seekor kucing berwarna oren sebagai maskot ketika raptai dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Perkongsian video berdurasi 11 saat memaparkan gelagat kucing itu tular di TikTok dengan meraih lebih 200,000 tontonan.

Pemilik kucing, Muhamad Syawalluddin Hadi, 27, yang juga anggota Pasukan Khas APM berkata, kucing itu diberi nama Yeyen dan sudah dua tahun berturut-turut menyertai perarakan itu.

Menurutnya, Yeyen sebenarnya anak kepada seekor kucing betina yang pernah diselamatkan ketika operasi banjir besar di Shah Alam, tiga tahun lalu.

"Saya jumpa ibunya ketika operasi menyelamat. Jadi saya bawa balik dan bela. Kucing itu kemudian beranakkan Yeyen, dan sejak itu saya jaganya hingga kini," katanya.

Beliau berkata, tujuannya membawa Yeyen adalah untuk menyampaikan mesej bahawa APM bukan hanya menyelamatkan manusia malah haiwan peliharaan serta hidupan lain.

"Dalam khidmat Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999), ada kategori kemanusiaan termasuk menyelamatkan haiwan.

"Banyak kes bantuan membabitkan kucing selain ular. Jadi Yeyen dipilih sebagai maskot untuk tunjukkan simbolik itu," katanya.

Tambahnya, cabaran menguruskan Yeyen sepanjang perarakan tidaklah sukar kerana kucing itu sudah terbiasa dengan suasana luar dan sering dibawa menaiki motosikal selepas waktu kerja.

"Cuma ketika berarak di Putrajaya, saya pastikan suhu badannya terkawal dengan membasahkan sedikit kepala dan bulunya. Yeyen jenis manja, jadi mudah ditenangkan.

"Alhamdulillah sepanjang perarakan, dia dah dapat biasakan diri dengan suasana panas serta bising. "Malah sambutan penonton pun amat luar biasa apabila ramai bersorak dan menjerit setiap kali nampak Yeyen. Ramai juga yang merakam dan kongsikan video di TikTok sehingga ia tular," katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1258391/oyen-manja-jadi-tarikan-bawa-mesej-apm#google_vignette

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0pJwtdn4Yq41fgzKksvL5DVCyWcwp8YTBkGwVFNDbPpM3eYfzQopNKFhxL7DnyCLkl
#ASPIRASI 'OYEN' MANJA JADI TARIKAN, BAWA MESEJ APM Kuala Lumpur: Jika pasukan lain membawa anjing terlatih namun Angkatan Pertahanan Awam (APM) memilih seekor kucing berwarna oren sebagai maskot ketika raptai dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Perkongsian video berdurasi 11 saat memaparkan gelagat kucing itu tular di TikTok dengan meraih lebih 200,000 tontonan. Pemilik kucing, Muhamad Syawalluddin Hadi, 27, yang juga anggota Pasukan Khas APM berkata, kucing itu diberi nama Yeyen dan sudah dua tahun berturut-turut menyertai perarakan itu. Menurutnya, Yeyen sebenarnya anak kepada seekor kucing betina yang pernah diselamatkan ketika operasi banjir besar di Shah Alam, tiga tahun lalu. "Saya jumpa ibunya ketika operasi menyelamat. Jadi saya bawa balik dan bela. Kucing itu kemudian beranakkan Yeyen, dan sejak itu saya jaganya hingga kini," katanya. Beliau berkata, tujuannya membawa Yeyen adalah untuk menyampaikan mesej bahawa APM bukan hanya menyelamatkan manusia malah haiwan peliharaan serta hidupan lain. "Dalam khidmat Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999), ada kategori kemanusiaan termasuk menyelamatkan haiwan. "Banyak kes bantuan membabitkan kucing selain ular. Jadi Yeyen dipilih sebagai maskot untuk tunjukkan simbolik itu," katanya. Tambahnya, cabaran menguruskan Yeyen sepanjang perarakan tidaklah sukar kerana kucing itu sudah terbiasa dengan suasana luar dan sering dibawa menaiki motosikal selepas waktu kerja. "Cuma ketika berarak di Putrajaya, saya pastikan suhu badannya terkawal dengan membasahkan sedikit kepala dan bulunya. Yeyen jenis manja, jadi mudah ditenangkan. "Alhamdulillah sepanjang perarakan, dia dah dapat biasakan diri dengan suasana panas serta bising. "Malah sambutan penonton pun amat luar biasa apabila ramai bersorak dan menjerit setiap kali nampak Yeyen. Ramai juga yang merakam dan kongsikan video di TikTok sehingga ia tular," katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1258391/oyen-manja-jadi-tarikan-bawa-mesej-apm#google_vignette Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0pJwtdn4Yq41fgzKksvL5DVCyWcwp8YTBkGwVFNDbPpM3eYfzQopNKFhxL7DnyCLkl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews