#KEPIMPINAN

SELAMAT HARI PERTAHANAN AWAM SEDUNIA KE 95 TAHUN 2026

YS. PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor dan seluruh warga kerja APM Johor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-95 pada 1 Mac 2026.

Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas komitmen dan dedikasi seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Tema sambutan pada tahun ini, “Managing Environmental Risks for a Resilient and Sustainable Future”, amat bertepatan dengan peranan APM sebagai agensi barisan hadapan dalam pengurusan risiko bencana dan keselamatan komuniti. Ia menuntut kesiapsiagaan yang berterusan, tindakan yang pantas serta integriti yang tinggi dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Sesungguhnya, cabaran perubahan iklim dan risiko alam sekitar yang semakin kompleks memerlukan kerjasama erat antara agensi serta penglibatan aktif masyarakat. Justeru, komitmen berterusan dalam memperkukuh latihan, meningkatkan kompetensi anggota dan memperkasakan pendidikan kesedaran awam adalah kunci kepada pembentukan komuniti yang lebih berdaya tahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga APM Negeri Johor khususnya, atas khidmat bakti dan pengorbanan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah demi keselamatan rakyat.

Semoga APM terus unggul sebagai organisasi yang Sedia, Pantas dan Berintegriti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Selamat Menyambut Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-95.

©️ Media APM Johor

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid02wuVxqMQLH7gBcon65ei8PZrWCp5PXMGGDeQdKSGZvbD8qp4o1aDnHM8titTvdbzcl
#KEPIMPINAN SELAMAT HARI PERTAHANAN AWAM SEDUNIA KE 95 TAHUN 2026 YS. PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor dan seluruh warga kerja APM Johor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-95 pada 1 Mac 2026. Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas komitmen dan dedikasi seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Tema sambutan pada tahun ini, “Managing Environmental Risks for a Resilient and Sustainable Future”, amat bertepatan dengan peranan APM sebagai agensi barisan hadapan dalam pengurusan risiko bencana dan keselamatan komuniti. Ia menuntut kesiapsiagaan yang berterusan, tindakan yang pantas serta integriti yang tinggi dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Sesungguhnya, cabaran perubahan iklim dan risiko alam sekitar yang semakin kompleks memerlukan kerjasama erat antara agensi serta penglibatan aktif masyarakat. Justeru, komitmen berterusan dalam memperkukuh latihan, meningkatkan kompetensi anggota dan memperkasakan pendidikan kesedaran awam adalah kunci kepada pembentukan komuniti yang lebih berdaya tahan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga APM Negeri Johor khususnya, atas khidmat bakti dan pengorbanan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah demi keselamatan rakyat. Semoga APM terus unggul sebagai organisasi yang Sedia, Pantas dan Berintegriti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Selamat Menyambut Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-95. ©️ Media APM Johor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid02wuVxqMQLH7gBcon65ei8PZrWCp5PXMGGDeQdKSGZvbD8qp4o1aDnHM8titTvdbzcl
0 Comments 0 Shares 3 Views 0 Reviews