#KEPIMPINAN

LAWATAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DEWAN MUAFAKAT TAMAN MEGAH RIA, PLENTONG, JOHOR BAHRU

Jumaat | 27 Februari 2026 | PPS Dewan Muafakat Taman Megah Ria

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor telah mengadakan lawatan rasmi ke PPS Dewan Muafakat Taman Megah Ria. Turut serta YS. PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor dan YBhg. Tuan Mohd Masni bin Wagiman, Pegawai Daerah Johor Bahru.

Lawatan ini diadakan susulan kejadian kebakaran yang menjejaskan beberapa kediaman di sekitar Kg orang asli, Teluk Jawa sehingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.

Turut terlibat dalam operasi pengurusan dan pemantauan di PPS ialah agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesihatan mangsa sentiasa diberi perhatian.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan tertinggi negeri untuk meninjau sendiri keperluan mangsa, menyelaras bantuan segera serta memperkukuh kerjasama antara agensi dalam menghadapi insiden kecemasan secara bersepadu, cekap dan berintegriti.

©️ Media APM Johor

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid0RdqeLVBbEx5n2NF1v3X7pFhXuEfJk6rYAD8u59mbTAEiBBLAWu5xZ3gLcJPDJNXul
#KEPIMPINAN LAWATAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DEWAN MUAFAKAT TAMAN MEGAH RIA, PLENTONG, JOHOR BAHRU Jumaat | 27 Februari 2026 | PPS Dewan Muafakat Taman Megah Ria Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor telah mengadakan lawatan rasmi ke PPS Dewan Muafakat Taman Megah Ria. Turut serta YS. PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor dan YBhg. Tuan Mohd Masni bin Wagiman, Pegawai Daerah Johor Bahru. Lawatan ini diadakan susulan kejadian kebakaran yang menjejaskan beberapa kediaman di sekitar Kg orang asli, Teluk Jawa sehingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin. Turut terlibat dalam operasi pengurusan dan pemantauan di PPS ialah agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesihatan mangsa sentiasa diberi perhatian. Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan tertinggi negeri untuk meninjau sendiri keperluan mangsa, menyelaras bantuan segera serta memperkukuh kerjasama antara agensi dalam menghadapi insiden kecemasan secara bersepadu, cekap dan berintegriti. ©️ Media APM Johor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid0RdqeLVBbEx5n2NF1v3X7pFhXuEfJk6rYAD8u59mbTAEiBBLAWu5xZ3gLcJPDJNXul
0 Comments 0 Shares 3 Views 0 Reviews